BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Jumaat, 24 April 2015

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 7 (PENGAKHIRAN)

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Seroja, dan selepas bersalaman dengan Seroja, gentar dan malu aku kepada Seroja mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Seroja sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Seroja. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Seroja yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Seroja bang, ampuni Seroja.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Seroja sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Seroja sempat tidak yakin dengan abang. Malah Seroja minta tolong kawan Seroja, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Seroja juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Seroja lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Seroja tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Seroja sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Seroja, tetapi Seroja sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Seroja?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Seroja pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Seroja dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Seroja gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Seroja erat-erat.

“Sebab itulah, Seroja takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Seroja. Malah, Seroja juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Seroja. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Seroja memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Seroja menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jaga Seroja. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Seroja. Mohon bang,” rayu Seroja dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Seroja.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Seroja terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Seroja.


DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 6

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Seroja dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Seroja dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo... inilah Saiful. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Seroja.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Izal. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Seroja keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Izal yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Izal.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Izal supaya mula menjalankan kerjanya.

“Saiful beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Seroja pun baru semalam berjumpa,” kata Saiful memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Seroja.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Seroja pula.


Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Seroja pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Saiful beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Izal memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Saiful tidak beritahu kamu?”

Izal pandang aku, kemudian dia padang ayah Seroja dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Seroja. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Seroja mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Seroja.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Izal nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Seroja hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Saiful.”

“Jadi pak cik tahu yang Saiful ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Izal dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Seroja sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Izal menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Izal sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Saiful?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Izal.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Saiful ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Seroja tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Izal sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Seroja.

“Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Izal sambil mengangguk-angguk

Ayah Seroja menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Saiful ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Izal yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Izal memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Seroja kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Izal lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Seroja, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Seroja itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Seroja dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Seroja. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Seroja ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Izal. Aku tahu, Izal juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Seroja pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Seroja kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Saiful boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Seroja, lalu dia, isterinya dan Izal ketawa bersama. Tinggal aku dan Seroja sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Seroja, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 5

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Izal kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Izal kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Izal juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Izal menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Izal.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Izal. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Izal memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Izal kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Izal pun setuju.



Khamis, 25 September 2014

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 4



Sepanjang perjalanan balik, aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Seroja, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah patut aku bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.. bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipun aku ada banyak rahsia yang tidak patut Seroja dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Izal. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup dikampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Izal, aku lihat Izal sedang duduk ditangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Izal yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya….oh…ada lagi rupanya kemahiran Izal yang aku tidak ada. Izal pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Izal sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan diri apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak Nampak,” kata Izal sebaik aku duduk disebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, ‘Suci Dalam Debu.’ Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak Izal menemani aku malam ini, tetapi masih belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kawin. Kau tak jemput aku pun.” Kata Izal, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hiding mi goring kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah, kalau ade kad aku sampai kerumah kau, kau pergilah.”

“Izal semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, ‘Someone Like You’. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.


“Dia cantik tak?” Izal memandang dengan senyuman penuh harapan.

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 3

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa yang pernah aku buat. Lebih terpaksa daripada senyuman terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di seberang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal awak, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri”.

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Seroja, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar passport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar passport anak die pulak. Entah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar passport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar passport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati, aku perasan dia terus silangkan tanggannya di perut dan terus berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikiran dia sekarang.

Kemudiannya, aku perasan lagi yang Seroja ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Seroja memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu enunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku bertanya. “sudah makan?”.

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia dirt. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan. Memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku Cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik.” Kata Seroja penuh sopan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku. Dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang ke rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya. Makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tiada halangan apa-apa.”


“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”


MUHAMAD RASHDAN AZIZI

hmmmm.. MUHAMAD RASHDAN AZIZI, macam mane ek nak terangkan tentang die niee. huhu.. oukay die niee seorang yang romantik sebenarnya tapi tak suke tunjuk die punye romentik too dekat depan orang, mungkin malu kottt . die seorang yang pentingkan family dan sahabat lepas too baru lhaa orang lain. kami banyak persamaan and itu kott sebabnya kami kekal bertahan sampai sekarang. heheee. die sebenarnya handsome tapi style aku niee tak suka nak nyatakan yang die too handsome nanti kembang pulak die too. hahaa. cara die niee simple and mudah. die niee ramai peminat berbanding awek die niee. kekadang too jeles jugak hati niee sebab tengah syok dating ade pompuan tegur die .haishhh. die niee kalau tengah marah, jangan kacau nanti jadi makin membara panas hati die too. tapi awek die niee degil, suke kacau die yang tengah marah lepas too sendiri sakit sebab kene marah dengan pakwe sendiri. hahaaa. haishhh, banyak lagi lhaa pasal diri die tapi tak termampu nak menaip. cukup lhaa ala kadar jee . hahaa .

HATIKU TELAH DICURI

mase too aku baru masuk UiTM. biase lhaa pelajar baru mesti busy dengan orientasi sesi suai kenal bagai. seminggu lepas aku masuk UiTM, masih segar lagi di ingatan ini pada 10/06/2013 aku dengan budak kelas diberikan tugasan untuk menguruskan majlis Anugerah Dekan. so dari sini lhaa aku kenal dengan si dia. aku punye style niee main tegur jee orang, yang tak pernah bertegur pun aku main cuit jee. hahaa. mase too semua sebok nak berselfie dengan orang too lhaa orang niee lhaa. aku punn join lhaa sekali nak selfie. sampai lhaa ke si dia aku ajak selfie tapi die boleh cakap "ehh budak niee dah kenape, dah lhaa pendek" grrrr !! dushh dushhhh . hahaa, tapi die layankan jugak kepale aku niee. start dari malam too lhaa kami mula rapat, ge mane-mane asik bersame jee macam belangkas. mase too tak cintan cintun lagi, dalam proses mengenal. hahaa. lame jugak nak amik mase untuk couple dengan die, ade sebab tertentu. banyak kali die luahkan isi hati die sampai update moment lagii tauuu. tapi diri aku masih tak sedia, sampailha ke 20/08/2013 aku menyatakan isi hati aku dekat die. mase too lega yang amat lepas dah cakap isi hati aku niee. sesungguhnya aku tak nak kehilangan die !!! kisah cintan cintun kami niee berkekalan hingga hari niee. walaupun dah macam-macam perkara terjadi ALHAMDULILLAH dia masih ada untuk aku bergantung, kami masih bersama. terima kasih MUHAMAD RASHDAN AZIZI !!


SAYANG AWAK

dear MUHAMAD RASHDAN AZIZI BIN RAMLE , terima kasih kerana masih lagi berada bersama saya walaupun macam macam yang saya dah buat kat awak . saya sakit kan hati awak, suke cari gaduh dengan awak . tapi hati saye tak pernah sekali pun simpan niat nak tinggalkan awak . saya sayang awak sepenuh hati ini . saya sedia menerima diri awak sebagai yang halal . saya berdoa agar awak adalah yang terakhir dalam hidup saya . terima kasih sayang .


DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 2

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kamuong. Aku nekad, menyiasat latar belakang isteri dan mengapa ibu bapanya sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa dalam bas aku kira beruntung, duduk sebelah seorang lelaki yang peramah.

Kepada lelaki itu aku bertanya. “bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia. Tanya kawan-kawan dia, atau Tanya jiran-jiran dia.”

Untuk menyiasat tentang tuning aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku Cuma diberitahu namanya, Seroja. Berapa ramai orang nama Seroja diinternet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, Tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pecan.

Sampai sahaja di kampong, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku fikir mungkin pada waktu makan tengah hari, Seroja dan kawan-kawannya akan keluar dan apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh Tanya tentang Seroja. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

Kemudiannya datang pulak rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rending, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan sahaja, malah orang yang lalu lalang disitu turut memerhati.

Aku lupa, ini pecan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan jadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudungnya warna kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Seroja. Hanya itu.


Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Seroja berkata “awak Saiful?”


DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK

oukay uolls . mak jemah nak share sikit cerita mak jemah . pasal lelaki niee dipakse bernikah dengan perempuan cantik . nak tahu kisah nyee . mohhh ikott cite nyeee .


*****

Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ade kerja, tidak ada apa-apa selain telefon murah, dan ohhhhh.. telefon aku jugak tidak punya kredit.

Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah seminggu lagi. Majlisnya sederharna, bernikah dengan gadis kampong sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tuaku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir fikir, mengapa orang tua gadis sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan kawan bergiaga online, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa menatap akhbar mencari kerja.

Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya Cuma senaskah Al-Quran, dan mas kahwin Cuma RM 80.00. lebih menghairankan, semua kenduri ditahggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Aku bertambah tidak faham, apabila , orang tua gadis itu mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah aku dengan semua kehairannan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang di atur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulus university luar negara, bekerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.


Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hamper, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah asli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi pak sanggup. Lalu, daripada sinilah kisah aku bermula.

RINDU BENOOO NYEEE

hye uolls . ASSALAMUALAIKUM . huhuu . lame beno mak jemah ninggalkan blog niee terbengkalai . haishhhh . rinduu benoo nyee dengan blog niee tapi tak ade kesempatan untuk mengupdate blog . al-maklomm lerrr busy study . hohoooo (acah acah pelajar dekan) hahahahah . oukay oukay . oukay nak cakap too jee . kbyeee

Isnin, 30 Disember 2013

CINTA LELAKI TERHADAP PEREMPUAN

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan.Hati lelaki yg dianggap keras selama ni,tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat ape sahaja utk kekasihnye.sekeras manepun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah,diantara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dengan hebat ialah:

1.Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnye dengan rela bukan kerana terpaksa.

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnye dan berubah menjadi org yg kuat bercakap.

3.Dia banyak menasihati kekasihnye kerana dia sayangkan kekasihnye

4.Dia akan berusaha mengongkong kebebasan kekasihnye kerana perasaan cemburunye yg meluap-luap

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnye

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnye kerana dia sentiasa berasa curiga.

7.Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnye.

8.Dia mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnye tidak menumpukan sepenuh perhatian padanye.

9.Adakalanye dia seperti seorg anak kecil yg meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnye melayannye lebih dari org lain.

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup menbantu kekasihnye melakukan ape saja.

11.Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnye.

12.Dia akan menggelabah apabila kekasihnye berjauhan daripadanye terlalu lama.

13.Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnye.

14.Dia mementingkan kekasihnye dari dirinye sendiri.

15.Dia kerap bertanya adakan kekasihnye mencintainye kerana dia merasa kasihnye lebih kuat dari kekasihnye

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannye.

17.Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnye walaupun terpaksa menunggu kekasihnye dengan sabar

18.Dia membanggakan kekasihnye depan org lain.

19.Kalau dia ditinggalkan oleh kekasihnye,ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanye.

20.Apabila timbul org kedua,dia akan hilang akal dan sanggup buat pe saja utk merebut kembali kekasihnye.

21.Dia menganggap kekasihnye sebagai org yg paling dipercayainye dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

22.Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnye namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinye belum 100% mencintai kekasihnye.

23.Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya utk seorg perempuan…(sebab dorang rasa air mata dorang tu mahal sangat…and dorang nie EGO)

BENARKAH CEMBURU TANDA SAYANG ??

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.


TANDA - TANDA CEMBURU

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

TIP MENGAWAL KEADAAN PASANGAN YANG CEMBURU
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.


ATASI SIFAT CEMBURU


1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

KESAN POSITIF CEMBURU
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu


KESAN NEGATIF CEMBURU

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

APABILA

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

1 . Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2 . Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain 
akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3 . Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

4 . Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

5 . Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

6 . Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7 . Percayailah cinta pandang pertama.

8 . Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9 . Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, 
tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10 . Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11 . Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12 . Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13 . Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,
"Kenapa anda ingin tahu?"

14 . Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15 . Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

16 . Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17 . Berpeganglah kepada tiga R:
           * Rasa hormat pada diri sendiri;
           * Rasa hormat kepada orang lain;
           * Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

18 . Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19 . Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

20 . Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21 . Ada ketikanya anda perlu bersendirian

ANDAINYA LELAKI TAHU

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

TANDA JODOH KITA

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. BERSAHAJA

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. SENANG BERSAMA

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. TERIMA KITA SEADANYA

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. SNTIASA JUJUR

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan .

5. PERCAYA MEMPERCAYAI

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. SENANG BERKERJASAMA

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. MEMAHAMI DIRI KITA

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. TAMPILKAN KELEMAHAN

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. KATA HATI

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. MIMPI

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.

Jumaat, 13 Disember 2013

BILA SATU SAAT JATUH CINTA

Ya Rabbi... Aku minta izin..
Bila suatu saat aku jatuh hati,
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,
Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau..



Ya Rabby... Aku memohon..
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan kasih cinta-Mu,
yang tak terbatas..
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh..


Ya Rabbi...
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya
penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi-Mu


Ya Rabbi...
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami, Jodohkanlah kami, Satukanlah kami..
Berilah kami kesempatan untuk lebih
mendekati cinta-Mu,
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan warahmah...


Ya Rabbi...
Pintaku yang terakhir kepada_Mu
Seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku..
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu
Dari Seorang Teman yang Tak Kutahu Namanya...
Yang telah Engkau kirim dan Engkau tulis untukku...
Aamiin Allahhumma Aamiin.

DOA BUAT KEKASIH

Jiwa ku hening ketika melihat dirinya pergi
Raga ku rapuh ketika melihat tak ada lagi senyum dirinya
Hatiku rapuh ketika ku tak dapat lagi menyentuh dirinya
Dunia seakan membelah dua malam ini
Tak ada sinar rembulan dan kerlip bintang dirinya
Tak ada desiran angin lagi yg menyentuh raga ini

Kekasih hati ku ?
Ingin kulantunkan doa untuk dirimu malam ini
Dikala kehancuran menjeritkan bathin dirimu
Dikala kekecewaan menyayat hati dirimu
Dikala sentuhan membekukan raga dirimu
Dikala api mengobarkan amarah dirimu
Hanya ada satu doa yg kan ku urai untuk dirimu
Kekasih hatiku yang sangat aku sayangi

Ya Rabbi lindungilah kekasih hati ku malam ini 
seperti dirimu melindungi alam sejagat raya ini

Ya Rabbi sentuhlah kekasih hati ku malam ini 
seperti aku menyentuh 33 butiran tasbih ini

Ya Rabbi rangkulah kekasih hati ku malam ini 
seperti aku merangkul al?quran di dada ku ini

Ya Rabbi bisikan selalu keindahan pd kekasih hatiku malam ini 
seperti aku mengalunkan ayat-ayat suci milik Mu ini

Ya Rabbi beningkanlah jalan fikiran kekasih hati ku malam ini 
seperti aku menyucikan diri dengan air suci dari Mu ini

Ya Rabbi genggamlah jiwa raga kekasih hati ku malam ini 
seperti aku menggengam keyakinan hidup pada diriMu Jiwa raga hati dan bathin?nya telah memberikan arti hidup dan makna untuk aku

ISI HATIKU

Jika hati ini milikmu…
maka akan aku kembalikan…
Jika sayang ini untukmu…
maka akan aku berikan…
Dan jika rindu ini terikat padamu…
maka akan aku simpulkan…

Aku rela kamu tak mengenalku…
tapi aku mau kamu mengenal hatiku…
Aku rela kamu jauh dariku…
tapi aku mau kamu dekat di hatiku…
Aku pun rela kamu tidak mendengarkan kata-kataku…
tapi aku pun mau kamu mendengarkan kata isi hatiku…

Kasih…
Jadilah kau seseorang yang rendah hati…
Jadilah kau sesorang yang penyabar…
Dan jadilah kau seseorang yang penyayang…
Rendah hati dalam kelakuan…
Penyabar dalam kepribadian…
Dan penyayang dalam kehidupan…

SUDAHLAH

sudahlah Jangan kau teruskan marahmu itu. 

Sakit hati kerana rasa terhina itu wajar. Tapi janganlah engkau meratap dalam kesedihan yang memantaskanmu bagi penghinaan berikutnya.

kuatkanlah hatimu. Teduhkanlah wajahmu. Hampirilah mereka yang mencintaimu, dan bahagiakanlah mereka dengan senyum dan tawamu.

Hidupmu lebih penting daripada mengurusi orang tidak baik.


sudahlah jangan kau layani mereka yg jelas tidak baik sama kamu,

kalau engkau melayani mereka bererti engkau sama dengan mereka

sama sama tidak sedarnya




sudahlah jangan kau teruskan mencela orang lain,kerana dia akan tau 

kelemahanmu,bahwasanya engkau org tidak baik,apakah engkau mau

dikatakan org tidak baik?




sudahlah engkau cepat bertaubat tunggu bila lagi engkau akan sadar

sedangkan hari esok mati itu tdk ada yg tau,gunakanlah waktu sekarang

demi menentukan takdirmu di masa mendatang.

Followers

nur diana fatimah