Mungkin benar selepas kita kehilangan barulah kita menyedari…Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti…Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa… marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.
Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH…Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara…Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti KEMANISAN HIDUP. ..
Ahad, 29 Mei 2011
DIKAU ANUGERAH TIDAK TERNILAI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan