BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Selasa, 27 September 2011

A TRUE STORY - VERY SHOCKING

Very Shocking....... .
This is a real story of a young college girl who passed away last month in
Shah Alam.
...
Her name was Priya. She was hit by a truck.

She was working in a call center. She had a boy friend named Shankar.

Both of them were true lovers. They always talked on the phone.

You would never find her without handphone. In fact she also changed her
cell connection from Maxis to Digi , so that both of them can be on the
same network, and save on the cost. She used to spend half of the day
talking with shankar. Priya's family knew about their relationship. .
Shankar was very close to Priya's family as well. (Just imagine their love)

Before she passed away she always told her friends 'If I pass away please
burn me with my handphone' she also said the same thing to her parents.
After her death, people cld'nt carry her body, A lot of them tried to do
so,but still can't. Everybody had tried to carry the body, the results were
the same.
Eventually, they called a person known to one of their neighbours, who can
speak with the soul of dead person and who was a friend of her father.
He took a stick and started speaking to himself slowly..
After a few minutes, he said 'this girl misses something here.' Then her
friends told that person about her intentions to burn her with her phone.

He then opened the grave box and place her phone and sim card inside the
casket. After that they tried to carry the body. It was then moved easily
and they then carried her into the van.
All of us were shocked. Priya's parents did not inform Shankar that Priya
had passed away..

After 2 weeks Shankar called Priya's mom.....

Shankar :.....'Aunty, I'm coming home today.. Cook something nice for me.

Don't tell Priya that I'm coming home today, I wanna surprise her.'

Her mother replied..... 'You come home first, I wanna tell you something
very important.'
After he came, they told him the truth about Priya.
Shankar thinks that they were playing a fool. He was laughing and said
'don't try to fool me - tell Priya to come out, i have a gift for her.
Please stop this nonsense'.
Then they show him the original death certificate to him.
They gave him proof to make him believe. (Shankar started to sweat) He
said... 'Its not true.. We spoke yesterday.. She still calls me.

Shankar was shaking.
Suddenly, Shankar's phone rang.. 'see this is from Priya, see this....' he
showed the phone to priya's family. all of them told him to answer. he
talked using the loudspeaker mode..
All of them heard his conversation.
Loud and clear, no cross lines, no humming.
It is the actual voice of Priya & there is no way others could use her sim
card since it is nailed inside the grave box

They were so shocked and asked for the same person's
(who can speak with the soul of dead person) help again. He brought his
master to solve this matter.

He & his master worked for 5 hours.

Then they discovered one thing which really shocked them....

Digi has the best coverage
'Where ever you go, i will follow u..!

ISLAM ITU INDAH ..

‎1. Apabila hendak berbuat sesuatu —————————>Bismillah

2. Apabila memuji Allah—————————————-> Subhanallah

3. Apabila mengalami kesusahan——————————> Ya’ Allah

4. Apabila memuji seseorang sesuatu————————-> Masya’ Allah

5. Apabila mengucapkan terimakasih————————> Jazakallah

6. Apabila bangun tidur —————————————-> La’ Illaha Illallah

7. Apabila bersin————————————————>Al hamdu Lillah

8. Apabila orang lain bersin ———————————–>Yarhamukallah

9. Apabila Insaf/memohon ampun —————————> Astagh-Firullah

10. Apabila mengangkat sumpah—————————–>Wallohi wabillahi

11. Apabila menderma——————————————>Fi-Sabi Lillahi

12. Apabila menyintai seseorang—————————–> Lihubbillah

13. Apabila meminta diri————————————–>Fi’ Amanillah

14. Apabila mengalami masalah——————————->Tawakkaltu ‘ alallah

15. Apabila tertunainya sesuatu yang di hajati————–> Fatabarokallah

16. Apabila memohon doa————————————->Amin

17. Apabila berkahwin —————————————–>Amantu billah

18. Apabila mendengar berita kematian ——————–>Inna lillahi Wa inna-ilahi rajiun

HANYA MAHU MENGISI KEBOSANAN..

Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*

RENUNGAN UNTUK SEMUA

Renungan: 

"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..

"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..

"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..

P/s: Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya..

UNTUK KAUM ADAM

‎"Adam, jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata 'I LOVE YOU' atau 'I MISS YOU' kepada sang hawa kerana engkau pun tahu hawa itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan nikahilah mereka dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ikhlas kerana Allah.."

KEHIDUPAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah.
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa.

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah.

Manusia - Azan sudah kedengaran.
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.
Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa!
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui!
Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah.

Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan               itu.
Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah!

Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu.

Sekarang anda mempunyai 3pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini atau share
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan atau sahre ni)
3. Syaitan - Tak payahla

TAKDIR

Takdir
kadang2 MEMPERTEMUkn
kita dgn SESUATU yg tdk
diundang, MEMBERI apa
yang tdk dirancang,
MEMAKSA kita mngalirkn
air mata kesedihan srta
mmbuat kita rasa
kehilangan.Namun
TAKDIR jg menyapa kita
dgn erti perkenalan,
menyulam erti kasih syg,
menanam erti
persahabatan,
menghadiahi KEMANISAN
dlm KEGEMBIRAAN,
menyemai benih
keakraban, srta membri
PELUANG menilai siapa
SAHABAT..siapa KAWAN
dan siapa sekadar
KENALAN yg mengisi
ruang dlm episod
kehidupan..♥

SEDARKAH ANDA AKAN INDIVIDU ITU ?

SEDARKAH anda akan,
RAKAN yang mengambil berat pada ANDA?

memerhati kan rakan2 nya dengan pandangan yang penoh teliti,
kadang2 kita pon tidak sedar diri kita sedang diperhati,
INDIVIDU ini juga akan memuji diri kita @ ejek kita dalam hati,
namun INDIVIDU ini juga akan mengambil berat keatas perubahan kamu,

contoh : sakit,pucat,happy, ngantok,timbul jerawat, bermasalah, gemok,
perubahan mood, pening or even kita sedang berkhayal 

INDIVIDU ini juga akan cube buat KITA agar sentiasa di dalam PANDANGANnya serta menaikkan sedikit SUASANA untuk anda

seperti : menceriakan anda, ajak berbual, bertanya khabar, curi2 pandang,
membelanja KITA, memetik BUNGA, serta lain2 lagi...

Tetapi bila INDIVIDU itu sedar, yang dia tidak dihargai KITA,
INDIVIDU ini akan mendiam kan diri, serta akan mencari pelbagai cara untuk
menCERIKAn diri sendiri, tanpa perlukan orang lain,
serta bermain KATA2 yang akan menyindir KITA,

SEDARKAH KITA akan kehadiran INDIVIDU itu??
SEDARKAH KITA akan pengorbanan INDIVIDU itu??
dan SEDARKAH anda akan perubahan SIKAP anda pada INDIVIDU itu??

INDIVIDU itu hanya memerlukan erti dihargai oleh rakan-rakan yang lain

Isnin, 26 September 2011

MEREKA SALAH TAPI TAK SALAH BERKAWAN DENGAN MEREKA..

Sosial? Banyak maksudnya dan kebanyakan yang disalah gunakan menjadikan benda tersebut soSIAL. Maaf menggunakan perkataan kurang sopan. Untuk entry kali nie aku saje nak tulis pasal pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan sosial aku sendiri.


Aku bukan malaikat dan aku juga bukan syaitan yang direjam. Sama macam manusia biasa dan tidak khilaf. Semua orang aku kawan. Semua orang juga aku cuba buat menjadi kawan. Tak susah berkawan, tapi yang paling penting tahu cara bagaimana kita berkawan. Aku bukan nak mendedahkan keburukan sesiapa tapi memang hidup aku dikelilingi oleh orang-orang macam nie. Orang macam mana? Baca sampai habis kalau nak tahu dengan penuh mendalam.


Dah lama aku travel merata tempat untuk meneruskan pembelajaran aku. Macam-macam jenis perangai aku jumpa. Kawan-kawan aku semua bukan baik dan aku sendiri bukan baik sangat. Tapi kenapa kami berkawan? Masing-masing ada faktor sendiri kenapa kita berkawan tapi yang paling penting dalam persahabatan adalah kedua-dua pihak boleh serasi dan bergembira bersama-sama.




Mat Motor Yang Bangga Menjadi Mat Rempit
Ok, orang selalu pandang hina golongan nie. Tapi tak semua mereka yang ada motor boleh didefinasikan sebagai rempit kan? Yang aku dapat kenalpasti dari golongan nie adalah kebanyakan mereka yang kurang berbakat dalam benda-benda lain dan banyak mengabadikan diri bersama motor kesayangan mereka.
Aku masih tak boleh lupa satu ayat yang aku dengar sendiri dari kawan aku, 'Aku sayang motor nie lebih dari nyawa aku sendiri'. Kenapa sampai jadi macam tuh? Sebab mereka hebat bila bersama dengan kelompok mereka, tapi bila diluar mereka zero. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Semua Jenis Penagih Yang Tak Kisah Menagih Apa-apa Bahan Terlarang
Cuba sebut semua jenis benda yang boleh ditagih? Aku rasa aku ada semua jenis-jenis kawan macam tuh. Tapi kadangkala aku terfikir kenapa mereka buat macam tuh. Pengaruh rakan? Mustahil. Setakat nieh aku rasa lebih sepuluh kali aku tolak perlawaan dari bermacam-macam jenis bahan terlarang. Aku masih bersih walaupun aku seorang perokok. Mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Aku bukan family diorang nak marah-marah. Selagi diorang tak guna jarum suntikan dah kira ok kerana bila bila mereka dah mula gunakan jarum suntikan, selamat tinggal kawan. Aku tak boleh berkawan dengan kawan yang macam nie. Aku pernah dengar, kalau kita tak dapat tegur dengan tangan, kita cuba tegur dengan mulut. Kalau tak boleh tegur dengan mulut, kita cuba tegur dengan hati. Dan menegur dengan hati adalah selemah-lemah iman. Ya, aku memang lemah kerana tak dapat bantu rakan sendiri. Mereka terdorong dari sifat ingin bebas dan ini memang remaja zaman sekarang. Cuba terima hakikat yang remaja kita semakin teruk. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Adik-adik Kecil Yang Mempunyai Hati Seperti Abang-abang Besar
Bahagian yang nie korang abaikan tajuk dia. Part nie paling ramai kawan-kawan aku dan kawan-kawan korang juga. Aku tak tahu nak explain macam mana. Pantang ada yang terlanggar. Semua datang buka kepak masing-masing. Biasa lah, berani bila ramai. Cuba kalau sorang-sorang. Lepas tu? Balik rumah dengan lebam-lebam? Hebat! Dah tak boleh kata apa remaja jenis macam nie. Pergi mana pun pasti akan jumpa abang-abang yang perasan besar nie. Diorang bukan siapa pun. Budak-budak baru nak naik. Tak boleh diusik, tak boleh dilanggar, tak boleh dijeling. Semua memang melenting. Malu pada diri sendiri untuk golongan macam nie. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Kalau nak senaraikan semua, memang takde orang nak baca. Semua dah tahu dengan benda-benda nie. Kita remaja dan kita sendiri dapat melihat keruntuhan moral rakan sebaya kita. Tapi apa yang kita mampu lakukan? Sedarlah, kita tak berbuat apa-apa. Tak sedar ke korang bila semua orang sudah mula menerima golongan-golongan macam nie? Semua orang dah anggap benda nie benda biasa kan? Bakal pemimpin akan datang macam nie? Gulpp. *Telan air liur.

PERSIMPANGAN DESA RAHMAT , TAMPOI

JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.


Imej lembaga tak berkaki muncul dlm telefon bimbit Nor Kharunisa. 23 Januari 2011
ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.

JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Dalam bulatan, imej aneh yg kelihatan tersenyum terdapat dalam gambar yg di ambil oleh Nor Kharunisa Abd. Ghani
Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.

JAMBATAN PERMAS JAYA & RAILWAY PLENTONG..

Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
Kawan aku sendiri pun pernah arwah di sini.. Aku sendiri pun pernah eksiden pada tahun 2004 waktu nak ke sekolah Teknik Tanjun Puteri, alhamdulillah nasib baik tak ada apa2.. Ada la sorg cina mabuk ni, dia ingat jalan kat atas jambatan tu dua hala kot.. dia pun songsang lah.. terus berdentum.. Sungai di bawah jambatan ini menghala ke Plentong.. di kawasan berhampiran juga ada kes bunuh diri yang menyayat hati..
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang..
Di pendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan kereta api kargo (dari plentong nk masok permas)..kt situ ade sorang brader beniaga burger smpai ke tgh malam..then datang seorang perempuan..pakaian serba putih mengendong anak..dtg ke stall burger tu..hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tgk pulak anak perempuan tu dlm kain yg dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru dtg kemas stall ape sume..tros dh x beniaga kt situ lagi..pokok buluh tu pon dh kene tebang..org2 situ ckp perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak.. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..

BANGLO HILANG AREA TAMAN RINTING

       Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

apabila guna google maps utk beberapa tahun yg lalu, ini lah hasilnya yg di jumpa..
sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 23 Januari 2011
HILANG, gambar yg di ambil beberapa tahun lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yg berwarna merah itu, ianya terletak di belakang tapak rumah yg hilang
sebelah kiri, rumah yg mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu skrg di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 & 2003, takde lah pagar secantik yg kita leh tgk seperti gmbr2 di atas.. Dulu cuma pagar dawai yg kaler hijau tu, siap nmpk batu marmar nya lagi.. Security mmg ketat gila, pantang nmpk kereta benti kompem di halaunya..

Ini adalah salah 1 story yg telah di ambil dari sebuah forum..

"sy nak tambah skit aper yg sy tau pasal banglow kat taman rinting nie..
seingat sy, banglow nie ilang kalo tak salah lah tahun 2003 or 2004.. sory sy lupa coz waktu tu sy bru abis SPM.. sy duduk umah abg ipar sy kat taman daya yg bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah.. so dia byk kwn ngan Pemaju2 Perumahan kat JB.. dia penah bawak sy pi tempat banglow tu.. waktu malam plak tu.. tiba jerk kat banglow tu, secara automatik nya bulu roma sy berdiri tegak.. hahahha.. waktu tu, sy just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yg tinggi tu jerk..(tapi tangga tu sy tak perasan plak).. yup, tapak umah tu bersih waktu tu.. takder rumput tumbuh lagi.. sy nak kuar dari kete tapi abg ipar sy tak bagi coz dia takut sy lemah semangat.. memang ramai org kat situ, tapi org penting2 jelah.. polis jaga laluan masuk ke banglow tu.. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing2 sibuk ngk Drawing plan Phase taman Rinting tu..
memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO.. tapi tetiba hilang.. sejam kemudian sy n abg ipar balik rumah kat taman daya..
sampai kat rumah, sy trus masuk.. tapi abg ipar marah sy.. dia ajak sy duduk luar dulu dalam 10 minit.. kemudian dia cakap entah kat sapa,
"sampai kat sini jerk, jgn ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil sy dibuat nya.. pastu sy trus masuk dan mandi..
kemudian abg ipar panggil n cerita tentang banglow tu.. dia cakap, banglow tu ader org India yg beli.. tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. it's means, Org India tu sepatut nya bagi duit derma yg org ramai bg tu kat rumah kebajikan anak yatim johor.. tapi dia klepet aper entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu.. kira tuk bayar down payment lah tu.. pastu dia wat loan dan lantik abg ipar sy tuk wat penilaian kat umah banglow tu.. tu yg abg ipar sy kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. n pasal dia tak bg sy masuk umah trus masa sampai umah kat taman daya tu coz ptg sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jgn trus masuk umah pas datang banglow tu.. takut ader yg ikot kater nya.. tu jelah yg sy tau..
waktu progress work, abg ipar sy tak terlibat.. tetapi waktu india tu nak wat loan kat bank, abg ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan.. Misteri menjadi semakin misteri.. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi..

TEROWONG LAMA BRITISH DI TAMBAK JOHOR BAHRU

Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?

Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan? Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari.                                                    
.
SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru. Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya. Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah.. 





Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini..

http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0 dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!

KEMAYAN CITY JOHOR BAHRU ADE KISAH MISTERI??

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Macam biasa lah, sejak dua menjak nie rasa nak buat entry-entry seram. Tapi fokusnya, aku akan banyak mengetengahkan tempat-tempat misteri di kawasan Johor Bahru. Rasanya, cukup banyak area misteri di Johor Bahru tapi kurang mendapat perhatian dari kalangan blogger. Aku menulis macam nie sebab pernah suatu masa aku nak buat research tentang tempat yang aku nak pergi tu satu maklumat pun aku tak dapat. Even dari google. Pelik jugak kadang-kadang, bila tak ramai yang nak menulis pasal kawasan misteri di Johor Bahru sebab rasanya dah biasa aku dengar dari kawan-kawan tentang tempat-tempat macam nie. Kalau ada pun, belum tentu betul. Sedih aku bila mereka cuma mahukan publisiti tanpa menyebarkan cerita yang sebenar. Jangan tulis kalau tak tahu boleh tak? 
Baiklah, kali nie aku nak focus dalam tajuk 'Misteri Kemayan City Johor Bahru'.
Bagi warga Johor Bahru kisah misteri di kawasan Kemayan City Johor Bahru sudah menjadi tidak asing kerana sudah biasa menjadi perbualan dari mulut ke mulut dan kedudukan Kemayan City juga tidak asing kepada kami kerana kedudukannya yang sangat strategik sebagai sebuah pusat membeli-belah. Bagi mereka yang pernah datang ke Johor Bahru, pasti korang akan lalu bangunan terbiar ini. Korang kata tak lalu? Mustahil, kerana kedudukan bangunan Kemayan City ini betul-betul terletak di lebuhraya Skudai. Masakan korang boleh sampai ke Johor Bahru kalau tidak melalui kawasan ini? Lebuhraya yang wajib korang lalui sebelum sampai ke kawasan Johor Bahru. Yang menjadi persoalannya? Tempat yang terlalu strategik tapi masih tidak mendapat jawapan kenapa ia terbiar kosong dalam tempoh hampir 11 tahun. Bangunan Shopping Complex bernilai RM400 million dengan 720,000 kaki persegi ruang niaga bertempat di atas tapak 4.8 hektar lebih kurang 12km dari pusat bandar raya. Mustahil kalau tidak dapat dibangunkan secepat mungkin kan? Lagipun kedudukan bangunan terbengkalai ini amat menyemakkan mata warga Johor Bahru.


Pandangan Kemayan City dari Lebuhraya Skudai



Pandangan Kemayan City dari Belakang

Pandangan Kemayan City dari depan

Kisah misteri bangunan ini pernah disiarkan di beberapa surat khabar utama di Malaysia. Aku tipu? Ok, klik link berita harian online, Misteri Kemayan City
Diceritakan bahawa ramai penduduk luar yang tiba di Johor Bahru pada malam hari telah berkunjung ke kompleks membeli-belah ini kerana mereka telah melihat kompleks ini penuh dengan cahaya gilang gemilang sebagai tanda pembukaannya. Tapi? Ini adalah mustahil kerana kompleks ini telah terbiar hampir 11 tahun. Mereka yang diganggu kebanyakkannya ialah pengunjung dari bahagian utara semenanjung serta Singapura dan yang paling kerap diganggu adalah pengunjung yang pertama kali masuk ke Malaysia dari Singapura. Kenapa orang Singapura yang kerap diganggu? Mungkin kerana dolar Singapura adalah tinggi. Takdelah, bergurau sikit. Mereka kebanyakannya yang telah diganggu, akan masuk kedalam dan membeli-belah. Tapi kemudiannya atau keesokan harinya, barang-barang yang di beli bertukar menjadi daun dan duit baki yang mereka dapat bertukar menjadi daun juga. Wallahualam. Itu cerita yang telah sampai dari mulut ke mulut. Kalau mereka pakai seluar yang dibeli, tak tau lah jadi macam mana ya. =.=" Yang pastinya, bagi mereka yang baru sampai ke Johor Bahru, take note bahawa tiada shopping complex yang diberi nama Kemayan City kerana bangunan ini masih dalam keadaan terbengkalai. Dan tidak pernah ada kedai didalamnya!

MISTERI VILLA NABILA JOHOR BAHRU ..

Salam semua pembaca blog aku. Hari nie nak kongsi satu kisah misteri. Kisah misteri pertama dalam blog aku nie. Pasal apa ya? Villa Nabila. Ya, Villa Nabila. Pernah dengar? Mungkin ramai yang tak pernah dengar rasanya. Tapi bagi kebanyakan anak kelahiran Johor Bahru sudah pasti pernah mendengar cerita berkenaan Villa Nabila. 


Pintu pagar depan Villa Nabila.


First aku nak terangkan kedudukan rumah tersebut. Kebiasaannya harga sesebuah rumah bergantung kepada kedudukan rumah tersebut bukan? Ya, situasi ini amat pelik untuk Villa Nabila. Ini kerana Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo di atas bukit menghadap Pantai Lido ataupun lebih dikenali dengan nama Danga Bay oleh orang luar. Yang peliknya, rumah banglo tersebut dibiarkan usang. Mustahil rumah yang mempunyai harga yang tinggi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Bangunan di kawasan Danga Bay sudah pasti tidak logik jika tidak digunakan untuk tujuan pembangunan.
Villa Nabila? Kenapa nama tersebut? Mengikut mitos yang sampai dari mulut ke mulut. *Maafkan jika aku salah menyampaikan. Kisah ini diceritakan kepada aku oleh kawan-kawan aku sendiri yang tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.


Gambar dari jauh.

Gambar dari tepi

Gambar dari depan

Nabila adalah anak tunggal kesayangan kepada tuan rumah tersebut. Dia dimanjakan oleh kedua ibubapanya. Hinggakan, rumah tersebut diberi nama sempena nama Nabila. Lebih-lebih lagi mereka dikalangan orang berada, sudah pasti wang ringgit bukan masalah bagi mereka. Pada suatu hari, rumah tersebut telah dirompak. Semua yang berada didalam rumah tersebut dibunuh dengan kejam dan mayat mereka di campurkan kedalam simen dan diletakkan didalam sebuah tempat didalam bangunan rumah tersebut. Sehingga kini, dikatakan roh mereka masih merayau-rayau kerana mereka tidak tenang. Ada sahaja cerita yang didengari tentang rumah tersebut. Ada bunyi perempuan menangis, lembaga perempuan terbang diatas bangunan dan macam-macam lagi. Ada juga yang tidak jumpa jalan keluar dari rumah tersebut setelah mengambil satu barang dari rumah tersebut.
Mengikut pengalaman aku sendiri ketika aku masuk villa tersebut pada tahun 2004. Ketika itu aku masih dalam darjah 6. Terdapat sebuah lukisan di penjuru rumah tersebut, memang amat menyeramkan dan itu kali terakhir aku datang ke sana. Alhamdulillah, ketika aku pergi kesana, tiada gangguan yang aku terima. Aku memang selalu pergi tempat-tempat sebegitu termasuk bermalam di Tanah Perkuburan Mahmoodiah dengan kawan-kawan aku.
Baru-baru ini, kawan aku bercerita tentang pengalaman dia di Villa Nabila dan ini mengimbau kenangan aku untuk menulis post berkenaan cerita ini. Cerita dia kepada aku, pada malam dia bersama dua kawannya. Dia telah pergi ke rumah tersebut dan berpecah dengan kawan-kawannya dalam rumah tersebut. Hampir dua jam mereka pusing di dalam rumah tersebut untuk cari antara satu sama lain, malangnya tak jumpa. Ketika mereka masuk lebih kurang pukul 4. Akhirnya selepas azan subuh, mereka berjumpa juga. Padahal, jarak mereka bukan jauh pun.
Ok, tuh jer cerita aku nak kongsi untuk post kali ini. Tak seram mana pun, tapi banyak lagi versi-versi lain yang korang boleh cari dekat google. 
Yang pertama :


ni yg kawan dgr2 crita lah...
nabla ni budak kecik lagi klu xsilap...mak tiri die bunuh n letak mayat dalam simen rumah yg dikonkrit....mak tiri die nak harta peninggalan bapak die klu xsilap..lame juga tertanam dalam dinding sampai polis dapat bongkar kes ni...betol ke x wallahualam....tapi kawan2 den ada pegi sana mlm hari...ada yg meracau lah jadinya.... cari nahas...Yang kedua :


Dan untuk makluman, tempat nie juga tersenarai dalam 15 tempat paling misteri di Malaysia. Klik Villa Nabila. untuk maklumat lanjut.


Benda nie diharapkan tak menjadi fitnah dan mudah-mudahan kalau betul mereka mati dibunuh, kita sama-sama doa orang yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal. Akhir sekali, terima kasih kerana membaca. :)


P/S : Mungkin ini semua adalah permainan syaitan yang mahukan kita menjadi sesat.

KISAH SERAM MAHMOODIAH JOHOR BAHRU !

yaya nak kongsikan kepada korang mengenai Mahmoodiah nie pulak.





Dataran Merdeka, JB


Banyak-banyak kisah mistik, yaya rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..

Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. 
Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.




Hospital Sultanah Aminah, bus stopnya depan hospital nie je. Tempat wanita itu ingin menuju
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.

Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.





Yayasan Warisan Johor

Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.

Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.



Kubur di mahmoodiah
Ingat, yaya cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah mengenai korang, Yaya nak korang perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Yaya pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie. 

Kepada korang yang terlepas entri kisah seram yul sebelum nie, boleh lah pilih untuk membaca dientri sebelum ini. Jangan lupa untuk baca entri hantu yang seterusnya pulak. hee. Kalau tak nak lepaskan peluang cerita yang seterusnya boleh la subscribe :)


Under Creative Commons License: Attribution

Ahad, 25 September 2011

JUST FOR FUN =)

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yg diberikan :

Suami : Lelaki kahwin 3 barulah sah

Isteri : Kenapa pulak ?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris , 1 is one,2 is two,3 isteri (is three) . Baru betul dan sah

Isteri : Tpi abang kena faham bahasa Inggeris , terutama tentang singular dan plural.

Suami : Berkenaan ape tu ?

Isteri : Satu tu singular , dua atau lebih plural .

Suami : Contohnya ?

Isteri : One car sebagai singular , two cars sebagai plural . Apa bezanya ?

Suami : Ohhh tmbah huruf 's' dihujung utk plural

Isteri : Betul tu , samalah jugak unttk abg

Suami : Macam mana pulak boleh sama ?

Isteri : 1 isteri abang MAMPU , jika 2 isteri dah jadi plural , maka kena tambah huruf 's' kat belakang MAMPU tadi

Suami : err >.<

Just for fun only ;)

KASIH SAYANG

Pd suatu hri d skolah,seorg murid brtny pd guru.Ktika itu guru trsbut sdg mngjr mngenai kasih syg.

Plajar:"cikgu,mcm mana kte nk plih sseorg yg trbaik sbgai org yg pling kte syg?Mcm mana jg kasih syg itu nk brkekaln?"

CIKGU: "ok kamu ikut ape yg sy suruh.Kmu prgi ke pdg.Kamu brjln d atas rumput smbl mmandang rumput didepan kamu.Pilih yg PALING cntk tnpa menoleh ke blkng lg wlau skali.Dan petik rumput yg PALING cntk, bwa ke kelas"

Apabila pelajar trsbut pulang ke kels,tiada shlai rumput pun ditanganye.Cikgu brtny, knpa tiada rumput yg dplih?

PELAJAR:"td mse sy brjln,sy crilh rumput yg pling cntk.Mmg ade byk yg cntk tp cikgu kata petik yg pling cntk, maka sy pun trus brjln ke dpn smbl mencri yg pling cntk tnpa menoleh ke blkng lg.Tp smpai dipnghujung pdg,sy xjmpa pun yg pling cntk.Mgkn ade diantara yg dblkng sy td rumput yg plg cntk tp da ckgu ckp xblh menoleh ke blkg smula,jd tiadalah rumput yg sy bleh petik."

CIKGU:"ya itulh jwpnnye.Mknanye apabila kte tlh brjmpa dgn sseorg yg kte syg,jgnlah kte mncri lg yg lbh baik dri itu.Kte ptt hargai 0rg yg brada ddpn kte sbaik2nye.Jgn kte men0leh ke blkng lg krn yg brlaku ttp da brlaku.Sm0ga yg brlalu tdk brulang lg.Dan ingtlh 0rg yg plng kte syg itulah yg plng cntk dan plng baik.Maupun nk iktkn byk lg yg cntk dan baik sprti rumput td..

TANGISAN MURNI ..

jika seorang wanita menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,

Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,

Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Hanya jika dia sangat menyayangimu,

Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki,Jika seorang wanita pernah menangis kerana mu,

Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis karenamu.

Tolong jangan mensia-siakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,

Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya…

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkan….

Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,

Didepanmu dan keranamu…

Dia menangis bukan kerana dia lemah

Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan

Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki

Pikirkanlah tentang hal itu,,

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,

Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,

Hanya kau yang tahu jawabannya.. ..

Pertimbangkanlah

Kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘MAAF’!!

SURAT CINTA ..

Salam,



Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..



Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?



Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.



Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!



Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!



Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!



Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!



Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia,.!

MANA MAK ??

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." 

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

KEPUASAN DIJAMIN

suatu hari ada seorang orang kaya menyuruh orang gajinya pergi ke kebun buah - buahan untuk membeli buah epal.. " BELI EPAL YANG MANIS - MANIS SAHAJA .. KALAU TIDAK JANGAN BELI LANGSUNG.. " dia mengarahkan orang gajinya.. tuan kebun buah - buahan memberitahu orang gaji itu " SEMUA BUAH EPAL SAYA MANIS-MANIS BELAKA.. CUBALAH RASA SATU ".... orang gaji itu menjawab.. " " MACAM MANA SAYA NAK TAHU YANG SEMUA EPAL DISINI MANIS JIKA SAYA HANYA MERASA SEBIJIK EPAL SAHAJA ? " SAYA MESTI RASA SETIAP BIJI EPAL YANG SAYA BELI .. " lalu dia mengigit setiap biji epal yang dibelinya..

setelah berpuas hati , orang gajinya pulang kerumah lalu memberi kesemua buah epal yang dibelinya kepada majikannya.. majikannya marah dan terperanjat apabila melihat bekas gigitan pada kesemua biji epal itu.. " SIAPA YANG MENGIGITNYA?? " soal majikan itu kepada orang gajinya.. " TUAN BERKEHENDAKAN EPAL YANG MANIS . BAGAIMANA SAYA NAK TAHU YANG MANA MANIS DAN TIDAK MANIS KECUALILLAH SAYA MERASA SETIAP BIJI EPAL ITU "... jawab orang gaji itu dengan selamba...

CARA LELAKI MEMIKAT WANITA !

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya.



1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.



2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.



3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.



4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.



5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.


6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.

Khamis, 22 September 2011

JIWANG !!

Diujung minggu,
Di mana semua yang bersinar terasa pudar
Semua yang berkilau seketika redup
Semua yang hidup seakan pergi

Itulah saat dimana
Aku termenung sendiri, aku menanti
Petang baru menjelang
Mega hitam menutup mentari

Tiba-tiba malam menyusul
Aku sendiri
Memikirkan dia yang sempurna
Memikirkan dia yang menjadi cahaya

Aku menanti fajar tak kunjung tiba
Gelap disini. Sunyi
Tapi tak segelap dan sesunyi rasa dihati
Saat dimana mata tak lagi melihat senyumnya
Saat dimana tubuh tak rasa sentuhannya
Biar sehari, itu sudah cukup menyiksa

Kerana
Hanya dimatanya saja sudah kulihat dunia
Dalam suaranya sudah kudengar nyanyian surga
Dan diwajahnya kulihat wajah bidadari cinta
Dan, itu belum cukup menggambarkan dirinya
Atau mungkin memang dia tak bisa diungkap dengan kata
Karena dia adalah cinta, dia hanya bisa dirasakan

Dalam setiap sentuhannya,
Ada sayang, cinta, juga ketulusan
Yang hanya bisa diberikan olehnya
Oleh seorang kekasih

Aku mencintainya dengan semua yang tidak ada padanya
Aku mencintainya dengan semua keburukan yang ada padanya,
Karena aku mencintai dia apa adanya
Karena aku mencintainya dengan hati yang tulus

Jumaat, 9 September 2011

WAH !! MERIAH NYEEE.. =))

halo0 pade follower yaya.. maap daa lme tak update blog nieh... tak ade idea lhaa naa update... heee... okee tak mengape... today yaya nak share sikit suasane sebelum dan ketika raye mse kt kg yaya.. hee.. walaupun raye dah nak abis.. yaya nak jugak post psal raye. heee.. =)) okee ... nak kate meriah to0 tak lhaa meriah sangat.. tpy mse mlm raye to0 semue jiran2 lawan bko mercun .. sape lgy kuat bunyinyee.. haish.. boley pekak yaya nieh.. boom sane.. boom sini.. chetepot sane.. chetepot sini.. mcm2 bunyi ade.... yang tak than to0 anak2 maklong yaya nieh semuenye nak bko mercun yang sambut thn baru nye.. tak nak kalah langsong.. haish.. geram plak di buat nye.. nak dengar takbir puns tak dpt.... bising ngn bunyi mercun... tpy tak pea.. bio lhaa die org nak smbut raye.. bio dea bergembira =)) asal kn tak ade yang tptos tngn o jari sudaa laa... okee.. stop psal mlm raye.. kite bkak plak psal pagi raye... wah.. boleyh than gak meriahnye pagi raye nieh... semue ade kecuali my lovely nenek n datuk dah tak ade.. sdeyh2... okee tak ape.. masih boleyh hapy2 lagy... pgy2 bute pon ade org nem mercun ek.. haish.. ape nak jadi lha ngn dak2 kg yaya nieh.. heee... okee. mak long ade 12 orang anak but seorg dah meninggal.. kt kg ade 9 org ank mak long.. smue dtg mase raye ptame.. smue kmpul kt uma mklong termasuk dengan menantu ncucu skaly.. pergh die punye bising tak boleyh ckp... semuenye bergembira kerana dpt duet raye.. termasuk yaya.. heee... okee. dah siap maaf2 makan2... tibe lhaa time yang yaya pling tak sukeee.. time tok blik senai.. haish.. tak puas agy raye kt kg dah kene blik senai... hmm.. tak pea... ayah ade keje yang lebih pnting to0 dilakukan... raye thn depan boleyh smbt lagy... =)) yaya harap thn dpn yaya dpt smbt rye mcm thn nieh.. =)) okee itu jea kudd yg yaya naa share.. jmpe lagi di lain post okee. =))

Followers

nur diana fatimah