Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Macam biasa lah, sejak dua menjak nie rasa nak buat entry-entry seram. Tapi fokusnya, aku akan banyak mengetengahkan tempat-tempat misteri di kawasan Johor Bahru. Rasanya, cukup banyak area misteri di Johor Bahru tapi kurang mendapat perhatian dari kalangan blogger. Aku menulis macam nie sebab pernah suatu masa aku nak buat research tentang tempat yang aku nak pergi tu satu maklumat pun aku tak dapat. Even dari google. Pelik jugak kadang-kadang, bila tak ramai yang nak menulis pasal kawasan misteri di Johor Bahru sebab rasanya dah biasa aku dengar dari kawan-kawan tentang tempat-tempat macam nie. Kalau ada pun, belum tentu betul. Sedih aku bila mereka cuma mahukan publisiti tanpa menyebarkan cerita yang sebenar. Jangan tulis kalau tak tahu boleh tak?
Baiklah, kali nie aku nak focus dalam tajuk 'Misteri Kemayan City Johor Bahru'.
Bagi warga Johor Bahru kisah misteri di kawasan Kemayan City Johor Bahru sudah menjadi tidak asing kerana sudah biasa menjadi perbualan dari mulut ke mulut dan kedudukan Kemayan City juga tidak asing kepada kami kerana kedudukannya yang sangat strategik sebagai sebuah pusat membeli-belah. Bagi mereka yang pernah datang ke Johor Bahru, pasti korang akan lalu bangunan terbiar ini. Korang kata tak lalu? Mustahil, kerana kedudukan bangunan Kemayan City ini betul-betul terletak di lebuhraya Skudai. Masakan korang boleh sampai ke Johor Bahru kalau tidak melalui kawasan ini? Lebuhraya yang wajib korang lalui sebelum sampai ke kawasan Johor Bahru. Yang menjadi persoalannya? Tempat yang terlalu strategik tapi masih tidak mendapat jawapan kenapa ia terbiar kosong dalam tempoh hampir 11 tahun. Bangunan Shopping Complex bernilai RM400 million dengan 720,000 kaki persegi ruang niaga bertempat di atas tapak 4.8 hektar lebih kurang 12km dari pusat bandar raya. Mustahil kalau tidak dapat dibangunkan secepat mungkin kan? Lagipun kedudukan bangunan terbengkalai ini amat menyemakkan mata warga Johor Bahru.
Pandangan Kemayan City dari Lebuhraya Skudai
Pandangan Kemayan City dari Belakang
Pandangan Kemayan City dari depan
Kisah misteri bangunan ini pernah disiarkan di beberapa surat khabar utama di Malaysia. Aku tipu? Ok, klik link berita harian online, Misteri Kemayan City.
Diceritakan bahawa ramai penduduk luar yang tiba di Johor Bahru pada malam hari telah berkunjung ke kompleks membeli-belah ini kerana mereka telah melihat kompleks ini penuh dengan cahaya gilang gemilang sebagai tanda pembukaannya. Tapi? Ini adalah mustahil kerana kompleks ini telah terbiar hampir 11 tahun. Mereka yang diganggu kebanyakkannya ialah pengunjung dari bahagian utara semenanjung serta Singapura dan yang paling kerap diganggu adalah pengunjung yang pertama kali masuk ke Malaysia dari Singapura. Kenapa orang Singapura yang kerap diganggu? Mungkin kerana dolar Singapura adalah tinggi. Takdelah, bergurau sikit. Mereka kebanyakannya yang telah diganggu, akan masuk kedalam dan membeli-belah. Tapi kemudiannya atau keesokan harinya, barang-barang yang di beli bertukar menjadi daun dan duit baki yang mereka dapat bertukar menjadi daun juga. Wallahualam. Itu cerita yang telah sampai dari mulut ke mulut. Kalau mereka pakai seluar yang dibeli, tak tau lah jadi macam mana ya. =.=" Yang pastinya, bagi mereka yang baru sampai ke Johor Bahru, take note bahawa tiada shopping complex yang diberi nama Kemayan City kerana bangunan ini masih dalam keadaan terbengkalai. Dan tidak pernah ada kedai didalamnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan