BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!





selamat hari raya yana ucapkan pada semua warga blog yang sudi follow yana yaa... =)) semoga raya kali in memberi seribu makna dan kebahagiaan dalam hidup anda.... =)) yana nak mintak maaf jika yana daa ade sakit kan ati u ollz semua.. harap dimaapkan yaa... =)) okee dadaaaa...

LIRIK LAGU KESUKAANKU !!

TAEYANG - WEDDING DRESS


niga geuwa datugo

ttaeron geu ttaeme ulgo

himdeureo hal ttaemyeon nan huimangeul neukkigo

amudo moreuge mam a-a-apeugo

nijageun misomyeon tto damdamhaejigo




niga hoksina nae maeumeul alge doelkkabwa

arabeorimyeon uri meoreojige doelkkabwa

nan sumeul jug yeo

tto ipsureul kkaemureo

jebal geureul tteona naege ogil




Baby jebal geuui soneul japjima

Cuz you should be my Lady

oraen sigan gidaryeo on nal dorabwajwo




noraega ullimyeon ije neoneun

geuwa pyeongsaengeul hamkkehajyo

oneuri oji ankireul

geureoke na maeil bam gidohaenneunde




nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu




nae mameul mollajwotdeon

nega neomu miwoseo

gakkeumeun nega bulhaenghagil nan baraesseo

imi nae nunmureun da ma ma mareugo

beoreutcheoreom honja neoege malhago




maeil bam geureoke buranhaetdeongeol bomyeon nan

ireoke doelkkeoran geon aranneunjido molla

nan nuneul gama

kkeuchi eomneun kkumeul kkwo

jebal geureul tteona naege ogil




Baby jebal geuui soneul japjima

Cuz you should be my Lady

oraen sigan gidaryeo on nal dorabwajwo




noraega ullimyeon ije neoneun

geuwa pyeongsaengeul hamkkehajyo

oneuri oji ankireul

geureoke na maeil bam gidohaenneunde




nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu




budi geuwa haengbokhae

neoreul ijeul su itge

nae chorahaetdeon moseupdeureun da ijeojwo

birok handonganeun no oh

na jugeul mankeum himi deulgetjiman no oh




neomu oraen siganeul chakgak soge

hollo babocheoreom saratjyo

ajikdo nae geunyeoneun nal bogo

sae hayake utgo inneunde




nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu

nega ibeun wedingdeureseu




GIRL'S GENERATION - GEE





[Tiffany] Aha!
[Tiffany] Listen boy
[Tiffany] My first love story
[Jessica] My angel
[Jessica] And my girls
[Jessica] My sunshine
[Jessica] Uh! Uh! Let's go!

[Seohyun] Neomu neomu meotjyeo nuni nuni busyeo
[Seohyun] Sumeul mot swigesseo tteollineun girl
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby

[Tiffany] Oh, neomu bukkeureowo chyeodabolsu eopseo
[Tiffany] Saranghae ppajyeosseo sujubeun girl
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby
[All] Gee Gee Gee Gee Bab Bab Bab Bab Bab Bab

([Sunny] Eotteoke hajyo) [Yoona] Eotteo etteokhajyo
([Sunny] Tteollineun maeum) [Yoona] Tteollineun mameunyo
([Sunny] Dugeun dugeun dugeun dugeun) [Yoona] Dugeun dugeungeoryeo bamen jamdo mot irujyo

[Jessica] Naneun naneun babongabwayo
[Jessica] Geudae geudaebakke moreuneun babo geuraeyo geudael boneun nan

[All] Neomu banjjak banjjak nunibusyeo No No No No No
[All] Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun Oh Oh Oh Oh Oh
[All] Neomu jjaritjjarit momi tteollyeo Gee Gee Gee Gee Gee
[All] Jeojeun nunbit Oh Yeah joheun hyanggi Oh Yeah Yeah Yeah

[Sunny] Oh, neomu neomu yeppeo mami neomu yeppeo
[Sunny] Cheotnune banhaesseo kkok jjibeun girl
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby

[Sooyoung] Neomuna tteugeowo manjil suga eobseo
[Sooyoung] Saranghae tabeoryeo hukkeunhan girl
[All] Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby
[All] Gee Gee Gee Gee Ba Ba Ba Ba Ba Ba

([Seohyun] Eojjeomyeon joha) [Hyoyeon] Eojjeomyeon johayo
([Seohyun] Sujubeun naneun) [Hyoyeon] Sujubeun naneunyo
([Seohyun] Molla molla molla molla) Molla mollahamyeon maeil geudaeman geurijyo

[Taeyeon] Chinhan chingudeureun malhajyo
[Taeyeon] Jeongmal neoneun jeongmal motmallyeo
[Taeyeon] Babo hajiman geudael boneun nan

[All] Neomu banjjak banjjak nunibusyeo No No No No No
[All] Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun Oh Oh Oh Oh Oh
[All] Neomu jjaritjjarit momi tteollyeo Gee Gee Gee Gee Gee
[All] Jeojeun nunbit Oh Yeah joheun hyanggi Oh Yeah Yeah Yeah

[Yuri] Maldo motaenneun geol
[Yuri] Neomu bukkeureowo haneun nal
[Taeyeon] Yonggiga eomneungeolkka
[Taeyeon] Eotteokhaeya joheungeolkka
[Taeyeon] Dugeundugeun mam jorimyeo barabogo inneun na

[All] Neomu banjjak banjjak nunibusyeo No No No No No
[All] Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun Oh Oh Oh Oh Oh
[All] Neomu jjaritjjarit momi tteollyeo Gee Gee Gee Gee Gee
[All] Jeojeun nunbit Oh Yeah joheun hyanggi Oh Yeah Yeah Yeah

[All] Neomu banjjak banjjak nunibusyeo No No No No No
[All] Neomu kkamjjak kkamjjak nollan naneun Oh Oh Oh Oh Oh
[All] Neomu jjarit jjarit momi tteollyeo Gee Gee Gee Gee Gee
[All] Jeojeun nunbit Oh Yeah joheun hyanggi Oh Yeah Yeah Yeah





HUJAN - KOTAK HATI


Tak usah kau terangkan ku tahu

potret wajahmu di setiap penjuru

curahkan deritamu padaku

biarku rasa apa yang kau lalu




Terang terang

bersama rasa sayang

ku biarkan kau terbang

terang terang

sudut kecil ku isi

untuk senyuman mu lagi




Berbaring renung kita ke bulan

lagu yang ku tulis ku nyanyikan

lagu cinta tentang kita berdua

yang kan kita kenangi hingga tiba masa




Terang terang

bersama rasa sayang

ku biarkan kau terbang

terang terang

sudut kecil ku isi

untuk senyuman mu lagi




Mimpi mimpi

yang tak kembali

aku janji

janji takkan pergi




Tak usah kau terangkan ku tahu

potret wajahmu di setiap penjuru

curahkan deritamu padaku

biarku rasa apa yang kau lalu




Terang terang

bersama rasa sayang

ku biarkan kau terbang

terang terang

sudut kecil ku isi

untuk senyuman mu lagi




Mimpi mimpi

yang tak kembali

aku janji

janji takkan pergi

Khamis, 18 Ogos 2011

HATI WANITA ITU

  • Sensitif:
    Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  • Cerewet:
    Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang-kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  • Halus:
    Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  • Ikhlas:
    Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  • Korban:
    WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  • Prihatin:
    Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  • Manja:
    Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
  • Ego:
    WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ke tepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  • Cinta:
    CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  • Seks:
    SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada 1 saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

BAGAIMANA MEMBUAT KEPUTUSAN?


dilemma
Tiga orang pemuda yang berkawan baik sedang bersembang di sebuah restoran yang menjadi tempat utama mereka bertemu. Mereka ialah Asyraff, Jamal dan Ridhwan. Walaupun rumah mereka bertiga tidak jauh antara satu sama lain, tetapi masing-masing jarang bertemu.
Situasi pertama
Dalam perbualan mereka masing-masing mula menceritakan bagaimana cara untuk mereka membina masa depan mereka dengan lebih baik. Asyraff memulakan perbualan mereka dengan bercerita kepada Jamal dan Ridhwan tentang perniagaannya.
“Aku rasa aku mampu memperluaskan perniagaan aku sekarang. Tapi bila aku terfikirkan risiko kerugian yang mungkin berlaku, takut jugak aku. Yelah modal besar, kalau salah strategi boleh bankrap aku.” Kata Asyraff.
Betul tu Asyraff. Baik kau berniaga je kat kedai kau tu. Lagipun kau tak rugi apa-apa pun kalau kau terus je berniaga seperti sekarang.” Sampuk Jamal.
Situasi kedua
Ridhwan menceritakan tentang dilema yang dihadapinya kepada dua sahabatnya itu.
“Aku pulak tak tahu nak sambung belajar kat mana la! Aku sebenarnya suka bidang IT. Tapi family aku nak aku ambik medic. Peninglah nak buat keputusan. Pe pendapat korang?
Jamal: “Aku rasa baik kau ikut je cakap family kau. Yelah senang nanti kalau diorang sakit kau leh tolong.”
Asyraff:”Aku rasa baik kau tak payah sambung belajar. Kau berniaga macam aku je. Dapat duit sendiri. Lagi tak perlu susahkan family kau.”
Adakah anda sendiri sering mengalami situasi seperti ini? Sukar untuk membuat keputusan. Terutama bila terpaksa membuat pilihan. Terpaksa memikirkan baik dan buruk, positif dan negatif sebelum membuat keputusan yang tepat. Tip-tip ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.
1. Perlu analisis masalah anda secara keseluruhan. Sama ada puncanya, sebabnya dan cara untuk menyelesaikannya. 
2. Kenal pasti apakah cara-cara yang boleh anda pilih untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Senaraikan semua cadangan yang boleh membantu. Jangan fikir ianya logik atau tidak. 
3. Analisis dengan terperinci setiap pilihan kepada penyelesaian masalah anda. Jika anda berada    di tahap ini, perlu dikaji setiap baik dan buruk setiap cadangan anda. 
4. Dan jika dari cadangan-cadangan anda tersebut, anda telah buat pilihan yang terbaik maka    jangan terus bertindak mengikut keputusan anda. Seeloknya tanyalah mereka yang lebih    mengetahui atau minta nasihat ahli keluarga yang mungkin boleh memberikan panduan untuk anda    menyelesaikannya berdasarkan pendapat dan buah fikiran anda. 
5. Maka jika nasihat yang anda terima bertepatan dengan apa yang anda harapkan, jalan terakhir    mohonlah petunjuk keputusan itu dalam solat istikharah kerana Allah lebih mengetahui apa yang    terbaik untuk anda. Berdoalah agar Allah permudahkan segala permintaan anda dan minta    dikeluarkan dari masalah anda.

AKU HANYA MANUSIA BIASA


sekadar luahan hati dikala hatiku berbisik ingin berbicara…
aku hanya manusia biasa..sering melakukan kekhilafan….tidak sempurna…..tapi ini la aku….kadang-kadang mahu jer aku lari dari semua masalah dan orang di sekeliling ku agar aku lupa tentang masalah yang aku alami…namum semua itu tidak mungkin berlaku…
disini aku mahu meminta maaf atas kesilapan yang sering aku lakukan kepada semua yg mengenali aku terutama kawan-kawan aku..aku akui kadang-kadang aku berbicara tanpa memikirkan kesan dari kata-kata aku namun aku akan cuba membaiki apa yang kurang….aku tahu dan aku jugak sedar sejak akhir-akhir ini ramai yang makin menjauhi aku..sampai kadang-kadang aku terasa aku keseorangan tanpa teman tanpa sahabat dan tanpa sokongan…ya mungkin aku banyak bergantung harap dan meminta pertolongan dari kalian sehingga kalian terasa rimas tapi disaat aku memerlukan pertolongan ini yang aku dapat…kalian mungkin dah lupa aku tak pernah membiarkan sahabat-sahabat aku atau kawan-kawan aku dalam kesusahan..selagi aku mampu aku akan tolong sedaya yang mungkin..
sekrang hidup aku mula suram…makin lama sinar harapan aku makin malap….aku makin putus asa..ya aku sudah putus asa akan kehidupan aku…
aku melihat putus asa umpama racun yang membunuh jiwa. Ia mula menyerang hati ku hingga tercetusnya keraguan terhadap diri aku sendiri. Ia menimbulkan halusinasi yang menggambarkan segala kelemahan diri aku hingga aku mula meragui kehidupan dan perjalanannya yang sedang aku lalui. Kehidupan terasa begitu sukar dan menggerunkan jiwa. Kesan racun ini jika tidak disekat akan menyerang iman aku hingga aku mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, kebijaksanaan dan keadilan Allah SWT.
Kerosakan pada hati menyebabkan kesannya mula merebak keseluruh anggota badan. aku mula terasa lemah untuk bangun meneruskan kehidupan. Mata aku mulai silau memandang segala ujian dan tekanan yang bakal aku tempuhi. Kepala aku terasa berat untuk mendongak dan memandang kehadapan. Kaki terasa kaku dan hilang keseimbangan untuk berdiri dan meneruskan perjalanan. aku akhirnya tidak mampu keluar dari ‘bilik’ aku. aku terkurung dalam dunia aku sendiri dan tidak suka menerima ‘tetamu’. aku lebih suka bersendiri sambil mengenang kisah-kisah silam namun pandangan jiwa aku sering terhenti pada kenangan yang memedihkan jiwa hingga penderitaan aku bertambah. aku tidak lagi selesa untuk mengukirkan senyuman apatah lagi untuk bergurau senda. Mata aku mula rabun warna hingga aku melihat dunia baru aku yang suram tanpa warna, tiada lagi keindahan yang mempesonakan. Telinga aku mula terasa begitu sensitif dengan bunyi-bunyian. Kalau dulu aku terhibur dengan bunyi suara dan gurauan kawan-kawan …kini semuanya itu menyakitkan dan menimbulkan ketidak selesaan. Setiap bunyi atau teguran yang menerjah gegendang telinga aku menimbulkan kesakitan. Lidah aku terasa keras dan hilang kepekaan rasa, tiada lagi kemanisan zikir bahkan kalimah-kalimah yang keluar daripadanya agak kasar serta kehilangan makna dan keindahan bahkan disertai bau busuk yang mengalir keluar dari perut aku yang penuh keserabutan.
begitu la keadaan diri aku sekarang..semuanya makin perit..sehingga aku tidak mampu lagi untuk meneruskan cabaran hidup yang mendatang..hidup ku mula kosong….
dan..
Akhirnya aku ‘terbaring’ sendirian, tiada teman bicara, tiada teman berkongsi cerita dan tiada teman yang menemani…bahkan aku lebih suka bercakap sendirian kerana orang lain tidak akan memahami apa yang aku inginkan…
hanya satu yang aku ingin kau tahu..jika musuh yg kau cari maka musuh la yg ko dapat dari aku……….

ANTARA KASIH . SAYANG DAN CINTA

love
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

HATI SEORANG WANITA


wanita
Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya?

Rabu, 17 Ogos 2011

HATI ITU BUKAN MILIK KAMU

Konflik Percintaan Biasa
Pernahkah anda mendengar kisah? Sebuah kisah yang melibatkan hati.  A menyukai  B, sangat suka dan berusaha menambat hatinya. Tetapi malangnya  B tidak memberi respons yang baik, kerana dia  menyimpan perasaan terhadap C. Lebih merumitkan keadaan apabila C adalah rakan A dan dia tidak dapat membalas kasih B atas alasan tidak mahu melukakan A. Lagipun B dia anggap tidak lebih daripada seorang rakan. Dalam satu kisah lain pula, D menyimpan rasa terhadap E tetapi malu untuk menyatakan kerana dia rasa tidak mungkin E akan menyambut cintanya. Adalah juga D memberi klu (hint) tetapi E tidak memberi respons.  Lalu rasa sayang itu hanya dibiarkan bercambah dalam hati. Masa berlalu dan pada satu hari, D mendapat tahu bahawa sebenarnya E juga menyimpan perasaan terhadapnya. Bagai bulan jatuh ke riba, D amat gembira dengan perkhabaran itu dan bersatulah mereka dalam restu Ilahi. Sebuah kata cinta yang tak pernah terlafaz, perhubungan yang tak pernah terjalin, tetapi akhirnya berakhir dengan indah. Nampak tak logik, tetapi ia berlaku. Ada pula kisah lain, apabila F ditanya,
“Kenapa kamu suka pada dia? Kenal pun tidak, nama pun tak tahu, dulu tak suka pun, kenapa tiba-tiba boleh suka?”
Wah, payah benar untuk F menjawabnya. Kerana dia sendiri tidak tahu, cuma yang dia tahu dalam hatinya ada rasa sayang untuk insan itu. Jika ditanya kenapa, dia tidak tahu. Tidak ketinggalan juga ada situasi yang sepasang kekasih yang mabuk bercinta, bagaikan belangkas ke hulu ke hilir, namun setelah bertahun-tahun, berpisah begitu sahaja. Cinta yang kononnya begitu kukuh dalam hati, lenyap tanpa dapat diterangkan kenapa. Hati itu berubah tanpa dapat ditahan oleh pemiliknya.
Apakah pengajarannya?
Ini yang ingin saya tanyakan. Setelah membaca kisah-kisah di atas, apakah yang dapat disimpulkan? Pelbagai kesimpulan mampu dibuat kerana soalan yang saya tanya ini sangat subjektif jawapannya. Tetapi pada pendapat saya tidak, soalan saya ini ada satu jawapan yang mudah- ada kuasa lain yang maha berkuasa yang sedang memegang hati kita. Bagi yang mukmin, kuasa itu adalah ALLAH. Betul, ALLAH yang memegang setiap hati hamba-hambaNYA. Kalau tidak masakan kita boleh menyayangi seorang yang tidak menyayangi kita. Bukankah itu satu perkara yang tidak patut? Tetapi kita tak dapat menghalang bila rasa itu datang. Namun ALLAH yang maha bijaksana, telah melengkapkan Islam dengan memberi cara-cara untuk mengawal segala rasa ini. Begitu indahnya Islam ini bagi setiap insan yang berfikir. Dalam krisis percintaan yang sudah menjadi ‘trend’ pun kita dapat mempelajari sesuatu. Merasai kekuasaan ALLAH, menjadi bukti bahawa kita hanya insan kerdil sehingga hati kita sendiri pun kita tidak tahu! Selaras dengan ayat-ayat yang kita selalu temui dalam Al-Quran, sesungguhnya dalam setiap penciptaan ALLAH itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.  Jadi, dalam konflik percintaan yang biasa kita dengar ini, bijaklah dalam memilih pengajarannya. Jangan hanya bijak menyulam kasih, tetapi buta dalam mencari pengajaran, rugilah akal fikiran yang dikurniakan ALLAH.
Kaitan dengan kehidupan seharian
Allah memegang hati setiap hambaNYA. Setiap hati milik ALLAH. Mengaplikasikannya pengajaran ini dalam kehidupan, adalah tatkala kita mahu melakukan perubahan pada diri. Ingin melakukan perubahan menuntut pengorbanan. Pengorbanan melawan kehendak hati yang masih terikat pada keseronokan. Kita selalu rasa terlalu sukar untuk melakukan perubahan. Tidak senang bila masa yang selalu digunakan untuk bersuka ria terpaksa diluangkan untuk sesuatu aktiviti yang tidak berkenan di hati. Walaupun hati kita meronta tidak suka, tetapi jika ia adalah kebaikan, teruslah berusaha. Kerana hati itu milik ALLAH, siapa tahu esok lusa rasa tidak suka itu berubah. Kita selalu menasihati rakan kita agar tidak keluar dating, jangan pegang tangan yang bukan muhrim, tetapi seakan liat benar hati mereka untuk menerima nasihat itu, jangan lelah untuk terus mencuba, kerana kita yakin dengan pernyataan, ALLAH yang memegang hati setiap hambaNYA. Kalau orang yang tidak sangka akan menyayangi, boleh menyayangi kita, tidak mustahil hati kita yang selama ini sangat menentang pemakaian tudung, pengajaran sunnah, pengaharaman pegang tangan dan bermanja-manja sebelum kahwin, akan kembali dan memahami Islam. Kerana hati  itu milik ALLAH, hidayah itu milik ALLAH. Jangan berputus asa untuk mencuba.
Kalau mahu dikaitkan dengan kisah percintaan tadi. A tak perlu kecewa bagai handak mati bila B tidak menerima cintanya. Dan jika nanti mungkin C berkahwin dengan A, B tidak perlu meyimpan dendam. Kerana hati itu milik ALLAH. Berdoalah agar hati itu kuat. Memang kali ini hati kita seakan tidak mampu kalau tidak menyayangi, dengan kuasa ALLAH, ALLAH akan membalikkan hati kita kepada yang lebih membahagiakan.  Mungkin inilah yang dilakukan oleh D bila E tidak memberi respon, berdoa dan berusaha memperbaiki diri, sehingga dia tabah menempuhi masa yang panjang, dan akhirnya berolah kebahagiaan. Satu lagi pengajaran yang baik buat insan yang mahu berfikir.
Mengapakah cinta?
Banyak lagi perumpamaan lain yang boleh diketengahkan untuk menjadi bukti kekuasaan ALLAH. Kejadian tsunami ke, pertumbuhan pokok ke, dan pelbagai lagi. Namun saya memilih cinta kerana ia dekat dengan remaja sekarang. Ramai yang hanyut kerana cinta. Dan lebih menyedihkan, ada yang menjadikan hujah ALLAH memegang hati setiap hambaNYA sebagai lesen menjadi hamba cinta! Bila dinasihati agar berhenti dari keluar berduaa-duan bagai belangkas, bergayut di telefon sampai ke pagi, berpegangan tangan, mereka menjawab,
“Nak buat macam mana, aku sayang sangat kat dia.”
“Dah ALLAH takdirkan aku sayang kat dia, aku tak mampu nak buat apa-apa.”
Bagi saya ini kata-kata orang yang tidak beriman. Maaf jika kasar. Lebih malu lagi, bila seorang lelaki yang mempunyai sembilan akal, mengikut telunjuk syaitan untuk hanyut bersama kekasih atas satu alasan, cinta! Nyata, mereka telah salah dalam  mengambil pelajaran pada kekuasaan ALLAH ini. Salah dalam mengambil pelajaran, sehingga memberi ruang kepada syaitan menjadikan perbuatan buruk mereka terasa indah.
Hati itu bukan milik kamu! Jangan salah mengambil pengajaran, jangan hanyut dengan rasa sendiri. Berusaha mengawalnya dengan iman, berusaha paksa dirimu dengan keindahan syurga, jangan berputus asa untuk mencuba membawa hati dekat pada Ilahi, kerana sekali lagi, HATI ITU BUKAN MILIK KAMU!

INGIN KU SENTUH HATI ITU


sukar untuk menilai dan memahami maksud hati seseorang. tiada deria keenam yang mampu tahu apa yang tersirat di sebalik setiap perbuatan. aku keliru. ya!.
dalam diam hati ini rindu akan panggilan itu. lama tidak ku dengar. suara itu juga sudah lama diam bisu. terlalu lama. aku sendiri tidak tahu kenapa semakin lama semakin aku rasa kembali ke masa lampau. zaman hati ini masi lagi suci tanpa terusik oleh kata rindu dan cinta.
aku tahu diri ini,dunia aku terlalu berbeza dengannya. terlalu jauh jaraknya. tidak mungkin dan tidak mampu untuk mendekatinya apatah lagi untuk menyulam rasa ini menjadi satu dalam kata. tidak sama sekali. hanya angan dan mimpi kosong temani aku sepanjang ketiadaannya.
penat. tidak. aku tidak pernah merasa penat dalam menanti dan mengharap. hati itu pernah sunyi satu ketika dulu. namun sampai satu ketika ia terisi oleh lagu dan irama yang indah. ku undur diri. tanpa melafaz kata pergi. tetapi di sudut sepi aku terus menanti.
kini aku tidak tahu, adakah hati itu kembali sunyi dan sepi seperti aku. atau terus di dendang irama nan asyik dan merdu. bukan aku tidak mengerti soal jodoh dah mati. itu rahsia alam yang tersembunyi. indah pasti dalam menanti jawapan. tetapi tidak salah juga bagi ku untuk menyulam mimpi dalam doa dan realiti.
setiap yang berlaku setiap yang terjadi pasti ada rencana yang tersembunyi. aku tahu. indahnya diri bila setiap satu jalan cerita membawa kepada pengakhiran yang bahagia. bukan aku untuk menetapkan kisah aku berakhir dengan setiap keinginanku. tetapi aku pasti bahagia itu milik setiap insan yang mampu bersabar dalam liku yang berduri.

HANYA SATU HATI


Bila ilhamku tak mampu berlari
ribuan mimpi mimpi datang kembali
cuba mengusik secebis hati
seolah olah menyuruhku mengulangi
menghidupkan unggun yang telah sepi.

Apakah unggun akan terang lagi
seterang bulan menganti malam?
Atau …  aku akan kesejukan lagi
dalam siraman embun keseorangan
dikhianati unggun yang tiada bara
dalam lembab malam yang teramat gelita.

…dari jendela hati ini
aku dapat melihat hanya satu hati
yang pernah mengobarkan semangat ku …
dan akan terus mengobarkan semangat ku
untuk bertemunya disyurga sana
walau disini ianya hanya angin lalu
yang hanya mampu melintasi aku …

BUAT MEREKA YANG KECEWA KERANA BERCINTA


cinta..


tak pErlu rasanya saya mEmberitahu..


anda tafsirkanlah sEndiri..kErana saya pErcaya sEtiap daripada kita punya tafsiran yang bErbeza.. tapi saya yakin bahawa jika bErbicara mEngenai cinta yang tErtinggi,maka kita akan punya jawapan yang sama..


kita tahu..tapi kita buat-buat tak tahu..


lalu,kita mudah bEnar mEnangisi cinta yang 'satu' itu..


mEmbaca luahan rakan-rakan yang kEcewa kerana cinta yang 'satu' itu mEmbuatkan saya bErfikir..


bEtapa cinta itu mEmberi kEsan hebat buat mEreka..


hidup sErba tak kEna..


tErasa sEperti sudah tidak punya siapa..


kEnapa mEmbiarkan diri sElemah itu kawan?


tEringat kata-kata ustaz Pahrol..CINTA ITU BUKAN TUHAN!


saya nak bErkongsi..pEsan yang baru saya baca tadi..
pEsan dari sEseorang yang tidak saya kEnali..


khas buat mEreka yang mEnangisi cinta..
dan untuk diri saya yang mudah tErleka ini juga..





"Kau sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti engkau, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika aku mengatakan cinta yang engkau dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk kau jadikan role model? Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang kau kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"


"Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah engkau. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan engkau. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"


"Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" 


"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu?  Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!


"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.


"Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."




dan..


saya akui kEbenaran kata-kata itu..

kadang kita mEnjadikan diri kita tErlalu murah untuk cinta..

sEdang cinta itu bukannya apa-apa..

bukalah matamu kawan..

patutnya engkau bErsyukur..

bukankah tuhan sEdang mEmanggil kamu kEmbali padaNya?

TERIMA KASIH CINTA

Saat kamu jatuh cinta pada si dia, adakah kamu mensyukuri cinta yang datang tanpa dipinta?
Saat kamu menyatakan niat untuk bersama dengannya, adakah kamu mensyukuri cinta yang menjadikan kamu berani mengatakannya?
Saat kamu melangkah ke alam pernikahan, adakah kamu mensyukuri hikmah pertemuan membuahkan cinta untuk bersama?
Saat kamu menjalani kehidupan berumahtangga, adakah kamu mensyukuri cinta yang akan dibawa hingga ke syurga?
Kamu pernah jatuh cinta, kamu tahu rasanya cinta, kamu tahu datangnya tanpa dipinta, pernahkah kamu mensyukuri nikmatnya?
Cinta itu kurniaan ilahi, yang terletak di dalam hati, fitrah manusia yang penuh suci, namun kadang-kala lalai untuk dihargai.
Rasa ragu terhadap cinta, rasa curiga terhadap cinta, rasa jemu terhadap cinta, semuanya berlaku kerana tidak menghargai cinta.
Manusia lupa itu cinta sesama manusia sekadar pinjaman dari-Nya, manusia alpa bahawa cinta yang kekal hanyalah Lillahi Ta’ala. Hingga akhirnya menangisi setelah cinta itu telah tiada.
Kerana cinta itu penuh nikmat, kerana cinta itu penuh rahmat.
Syukurilah cinta yang diberi, oleh itu kita akan merasa nikmat kurniaan ilahi. Jika tidak diendahkan, maka ianya pasti menjadi ujian.
Tanya diri, sudahkah anda mensyukuri cinta yang diberi? InsyaAllah, Dia pasti akan memberi lagi.
Terima kasih cinta (^_^)

Selasa, 16 Ogos 2011

KENAPA HARUS ADA RASA CINTA UNTUKNYA??

Tuhan,
Kenapa harus ada rasa cinta ini untuknya
Jika cinta ini, hanya membuatnya jauh dariku

Tuhan..
Kenapa harus ada rasa cinta ini untuknya
Kalau rasa cinta ini,
Hanya membuat kesal hatinya

Tuhan…
Kenapa harus ada rasa cinta ini untuknya
Kalau ku lahir bukan sebagai orang yang dapat dicintainya

Tuhan…
Aku sayang dia Tuhan…
Aku sayang dia

DALAM CINTA PERLU ADA PERCAYA...


Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia.
Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat  kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh â€Ëœmengawalâۉ„¢ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.CINTA HATI Dalam cinta perlu ada percaya... Bagaimana?
Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap  adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan â€Ëœbergegarâۉ„¢ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmmâ€Â¦ hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu â€Ëœpokaiâۉ„¢ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

ORANG SELALU CAKAP '' KALAU ADA JODOH TAK KEMANA ''

ada orang cakap lagi “ kalau bercinta bertahun2x pon, tapi kalau bukan jodoh, sampai bila-bila pun tak kan bersama. Tapi kalau memang dah tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita, baru kenal sehari pun, esok dah boleh kahwin”.






Jangan mengharap lelaki sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah andai peribadimu tidak
semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra'


always remember to love ur fellow humans. but true love is only reserved to Allah,the one and only God =)

MUSIM ANGIN CINTA

pic kahlil gibran law21 Musim Angin Cinta
Seperti musim yang terus meruntuhkan hujan tanpa bosan
Cinta yang ternoda selalu renta mengirimkan airmata
Kesetiaan tergulung ngeri kerana awan memenuhi hari
Lautan sunyi para nelayan memutus mimpi, camar sendiri
Seperti musim yang terus menangis dengan wajah sepi
Harapan bersama telah hanyut terbawa arus mungkin pupus
Hendak menggapai, galah di perahu tak cukup panjang untuk diraih
Lautan sepi, batu-batu menjadi mati mengingkar janji, sunyi
Seperti musim yang terus melahirkan kelabu tanpa ragu
Mac yang resah membuat kita saling terpaku ..
Arah haluan terasa suram sama gelapnya berlayar malam
Penanda arah terlanjur padam lantaran hati remuk-redam
Kau menuju karang aku terhantam taufan, sama juga karam
Berharap siang awan gelap tak bosan menghadang, nasib malang
Lelaki ikan atau perempuan karam sampai bila melarung sayang
Mencuri perawan sama saja mendulang awan, bayang-bayang
Janji-janji menjadi basi menanti mati sebentar lagi, bisa pari
Aku melangkah ke titik yang paling sepi hari ini…

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG SEDANG BERCINTA


make a difference 10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta
Wahai sahabat seakidahku.. Dengarlah pesananku ini:-
  1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
  2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
  3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
  4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
  5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
  6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam hidupmu untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
  7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
  9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
  10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
2 terima nasihat4 1024x640 10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

FAHAMI ERTI KESETIAAN

kesetiaan1 Fahami Erti Disebalik Kesetiaan
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
2j2hohs11 Fahami Erti Disebalik Kesetiaan
P/S: Pesanan dari Penjaga Cinta, hamparkanlah kesetiaan kamu seadanya kepada si dia, kamu tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan.

CARA MEMUJUK LELAKI

20080407172105 croatia muslim couple 4 Cara Memujuk Lelaki
Cara Memujuk Lelaki..
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.

PERLUKAH CINTA DI ZAMAN REMAJA ??

cinta remaja Perlukah Cinta Zaman Remaja?
Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi Pakar Cinta, cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
lovee1 Perlukah Cinta Zaman Remaja?
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.
Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.
1210722412ggfCRd9 Perlukah Cinta Zaman Remaja?
Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. Oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi. Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.
Cinta ketika remaja hendaklah mengiku lunas agama dan cinta yang teragung ialah cinta kepada ALLAH. Semoga artikel ini bermanfaat. Insyallah..

LELAKI MUDAH JATUH CINTA??

Apa itu cinta?
Setiap insan memiliki definisi cinta yang berlainan. Kalau ikut kebiasaan, apabila kita sebut sahaja cinta, cinta itu adalah salah satu perasaan yang menggambarkan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau sesiapapun.
falling in love 1 Lelaki Mudah Jatuh Cinta?
Tapi apakah itu cinta? Sayangkan seseorang mengikut rupa paras adalah pencinta kecantikan. Sayangkan seseorang mengikut harta benda adalah pencinta kekayaan. Sayangkan seseorang mengikut hati budi adalah pencinta kesejahteraan.Yang mana satu cinta yang dicari?
Cinta pada pandangan anda?
Photography love IIIIIII by Nymagirl Lelaki Mudah Jatuh Cinta?
Mungkin ialah cinta adalah janji yang mengikat dua unsur di antara satu sama lain. Tidak kira cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Pencipta, manusia dengan haiwan, haiwan dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, haiwan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan tumbuhan.
Apa pula janji itu?
Janji pula ada pelbagai jenis. Janji untuk menyayangi selamanya, janji untuk menjaga, janji untuk mengambpromiseil berat, janji sehidup bersama, dan pelbagai lagi janji yang terlampau banyak untuk diceritakan.
promise Lelaki Mudah Jatuh Cinta?
Jadi definisi cinta itu sahaja amat luas. Jadi apakah seorang lelaki mudah jatuh cinta?
Sebab mengapa? Sebab mungkin lelaki sendiri sangat susah mencari cinta. Memang orang ramai berkata perempuan itu sangat ramai berbanding lelaki.
Tapi adakah setiap perempuan itu berani menerima cinta seorang lelaki? Menjaga cinta itu sendiri adalah sangat susah. Bagaikan menjaga kunci yang menguci peti hati. Bagi yang mudah jatuh cinta itu ialah lelaki yang masih tidak kenal apa itu cinta.
 Lelaki Mudah Jatuh Cinta?
Cinta yang sebenar tidak mudah lahir dalam diri seorang lelaki. Dan seorang lelaki sukar untuk sedar apakah dia telah bersedia untuk bercinta atau tidak. Bagi sesetengah pendapat kalau seorang lelaki meluahkan ingin berkenalan dengan perempuan dengan lebih rapat masih belum cukup syarat bahawa lelaki itu sudah kenal cinta.
Apa pula pendapat anda?

DOA BUAT KEKASIH


doa seorang kekasih Doa Seorang Kekasih Buat Kekasih
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si SOLEH, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah menjadi yang soleh.
doa seorg kekasih2 1024x731 Doa Seorang Kekasih Buat Kekasih
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Followers

nur diana fatimah