BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Rabu, 17 Ogos 2011

INGIN KU SENTUH HATI ITU


sukar untuk menilai dan memahami maksud hati seseorang. tiada deria keenam yang mampu tahu apa yang tersirat di sebalik setiap perbuatan. aku keliru. ya!.
dalam diam hati ini rindu akan panggilan itu. lama tidak ku dengar. suara itu juga sudah lama diam bisu. terlalu lama. aku sendiri tidak tahu kenapa semakin lama semakin aku rasa kembali ke masa lampau. zaman hati ini masi lagi suci tanpa terusik oleh kata rindu dan cinta.
aku tahu diri ini,dunia aku terlalu berbeza dengannya. terlalu jauh jaraknya. tidak mungkin dan tidak mampu untuk mendekatinya apatah lagi untuk menyulam rasa ini menjadi satu dalam kata. tidak sama sekali. hanya angan dan mimpi kosong temani aku sepanjang ketiadaannya.
penat. tidak. aku tidak pernah merasa penat dalam menanti dan mengharap. hati itu pernah sunyi satu ketika dulu. namun sampai satu ketika ia terisi oleh lagu dan irama yang indah. ku undur diri. tanpa melafaz kata pergi. tetapi di sudut sepi aku terus menanti.
kini aku tidak tahu, adakah hati itu kembali sunyi dan sepi seperti aku. atau terus di dendang irama nan asyik dan merdu. bukan aku tidak mengerti soal jodoh dah mati. itu rahsia alam yang tersembunyi. indah pasti dalam menanti jawapan. tetapi tidak salah juga bagi ku untuk menyulam mimpi dalam doa dan realiti.
setiap yang berlaku setiap yang terjadi pasti ada rencana yang tersembunyi. aku tahu. indahnya diri bila setiap satu jalan cerita membawa kepada pengakhiran yang bahagia. bukan aku untuk menetapkan kisah aku berakhir dengan setiap keinginanku. tetapi aku pasti bahagia itu milik setiap insan yang mampu bersabar dalam liku yang berduri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah