BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Khamis, 18 Ogos 2011

AKU HANYA MANUSIA BIASA


sekadar luahan hati dikala hatiku berbisik ingin berbicara…
aku hanya manusia biasa..sering melakukan kekhilafan….tidak sempurna…..tapi ini la aku….kadang-kadang mahu jer aku lari dari semua masalah dan orang di sekeliling ku agar aku lupa tentang masalah yang aku alami…namum semua itu tidak mungkin berlaku…
disini aku mahu meminta maaf atas kesilapan yang sering aku lakukan kepada semua yg mengenali aku terutama kawan-kawan aku..aku akui kadang-kadang aku berbicara tanpa memikirkan kesan dari kata-kata aku namun aku akan cuba membaiki apa yang kurang….aku tahu dan aku jugak sedar sejak akhir-akhir ini ramai yang makin menjauhi aku..sampai kadang-kadang aku terasa aku keseorangan tanpa teman tanpa sahabat dan tanpa sokongan…ya mungkin aku banyak bergantung harap dan meminta pertolongan dari kalian sehingga kalian terasa rimas tapi disaat aku memerlukan pertolongan ini yang aku dapat…kalian mungkin dah lupa aku tak pernah membiarkan sahabat-sahabat aku atau kawan-kawan aku dalam kesusahan..selagi aku mampu aku akan tolong sedaya yang mungkin..
sekrang hidup aku mula suram…makin lama sinar harapan aku makin malap….aku makin putus asa..ya aku sudah putus asa akan kehidupan aku…
aku melihat putus asa umpama racun yang membunuh jiwa. Ia mula menyerang hati ku hingga tercetusnya keraguan terhadap diri aku sendiri. Ia menimbulkan halusinasi yang menggambarkan segala kelemahan diri aku hingga aku mula meragui kehidupan dan perjalanannya yang sedang aku lalui. Kehidupan terasa begitu sukar dan menggerunkan jiwa. Kesan racun ini jika tidak disekat akan menyerang iman aku hingga aku mula meragui qadar Allah SWT dan akhirnya meragui kebesaran, keagungan, kebijaksanaan dan keadilan Allah SWT.
Kerosakan pada hati menyebabkan kesannya mula merebak keseluruh anggota badan. aku mula terasa lemah untuk bangun meneruskan kehidupan. Mata aku mulai silau memandang segala ujian dan tekanan yang bakal aku tempuhi. Kepala aku terasa berat untuk mendongak dan memandang kehadapan. Kaki terasa kaku dan hilang keseimbangan untuk berdiri dan meneruskan perjalanan. aku akhirnya tidak mampu keluar dari ‘bilik’ aku. aku terkurung dalam dunia aku sendiri dan tidak suka menerima ‘tetamu’. aku lebih suka bersendiri sambil mengenang kisah-kisah silam namun pandangan jiwa aku sering terhenti pada kenangan yang memedihkan jiwa hingga penderitaan aku bertambah. aku tidak lagi selesa untuk mengukirkan senyuman apatah lagi untuk bergurau senda. Mata aku mula rabun warna hingga aku melihat dunia baru aku yang suram tanpa warna, tiada lagi keindahan yang mempesonakan. Telinga aku mula terasa begitu sensitif dengan bunyi-bunyian. Kalau dulu aku terhibur dengan bunyi suara dan gurauan kawan-kawan …kini semuanya itu menyakitkan dan menimbulkan ketidak selesaan. Setiap bunyi atau teguran yang menerjah gegendang telinga aku menimbulkan kesakitan. Lidah aku terasa keras dan hilang kepekaan rasa, tiada lagi kemanisan zikir bahkan kalimah-kalimah yang keluar daripadanya agak kasar serta kehilangan makna dan keindahan bahkan disertai bau busuk yang mengalir keluar dari perut aku yang penuh keserabutan.
begitu la keadaan diri aku sekarang..semuanya makin perit..sehingga aku tidak mampu lagi untuk meneruskan cabaran hidup yang mendatang..hidup ku mula kosong….
dan..
Akhirnya aku ‘terbaring’ sendirian, tiada teman bicara, tiada teman berkongsi cerita dan tiada teman yang menemani…bahkan aku lebih suka bercakap sendirian kerana orang lain tidak akan memahami apa yang aku inginkan…
hanya satu yang aku ingin kau tahu..jika musuh yg kau cari maka musuh la yg ko dapat dari aku……….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah