BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Isnin, 26 September 2011

MISTERI VILLA NABILA JOHOR BAHRU ..

Salam semua pembaca blog aku. Hari nie nak kongsi satu kisah misteri. Kisah misteri pertama dalam blog aku nie. Pasal apa ya? Villa Nabila. Ya, Villa Nabila. Pernah dengar? Mungkin ramai yang tak pernah dengar rasanya. Tapi bagi kebanyakan anak kelahiran Johor Bahru sudah pasti pernah mendengar cerita berkenaan Villa Nabila. 


Pintu pagar depan Villa Nabila.


First aku nak terangkan kedudukan rumah tersebut. Kebiasaannya harga sesebuah rumah bergantung kepada kedudukan rumah tersebut bukan? Ya, situasi ini amat pelik untuk Villa Nabila. Ini kerana Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo di atas bukit menghadap Pantai Lido ataupun lebih dikenali dengan nama Danga Bay oleh orang luar. Yang peliknya, rumah banglo tersebut dibiarkan usang. Mustahil rumah yang mempunyai harga yang tinggi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebab yang munasabah. Bangunan di kawasan Danga Bay sudah pasti tidak logik jika tidak digunakan untuk tujuan pembangunan.
Villa Nabila? Kenapa nama tersebut? Mengikut mitos yang sampai dari mulut ke mulut. *Maafkan jika aku salah menyampaikan. Kisah ini diceritakan kepada aku oleh kawan-kawan aku sendiri yang tidak pasti tentang kesahihan cerita tersebut.


Gambar dari jauh.

Gambar dari tepi

Gambar dari depan

Nabila adalah anak tunggal kesayangan kepada tuan rumah tersebut. Dia dimanjakan oleh kedua ibubapanya. Hinggakan, rumah tersebut diberi nama sempena nama Nabila. Lebih-lebih lagi mereka dikalangan orang berada, sudah pasti wang ringgit bukan masalah bagi mereka. Pada suatu hari, rumah tersebut telah dirompak. Semua yang berada didalam rumah tersebut dibunuh dengan kejam dan mayat mereka di campurkan kedalam simen dan diletakkan didalam sebuah tempat didalam bangunan rumah tersebut. Sehingga kini, dikatakan roh mereka masih merayau-rayau kerana mereka tidak tenang. Ada sahaja cerita yang didengari tentang rumah tersebut. Ada bunyi perempuan menangis, lembaga perempuan terbang diatas bangunan dan macam-macam lagi. Ada juga yang tidak jumpa jalan keluar dari rumah tersebut setelah mengambil satu barang dari rumah tersebut.
Mengikut pengalaman aku sendiri ketika aku masuk villa tersebut pada tahun 2004. Ketika itu aku masih dalam darjah 6. Terdapat sebuah lukisan di penjuru rumah tersebut, memang amat menyeramkan dan itu kali terakhir aku datang ke sana. Alhamdulillah, ketika aku pergi kesana, tiada gangguan yang aku terima. Aku memang selalu pergi tempat-tempat sebegitu termasuk bermalam di Tanah Perkuburan Mahmoodiah dengan kawan-kawan aku.
Baru-baru ini, kawan aku bercerita tentang pengalaman dia di Villa Nabila dan ini mengimbau kenangan aku untuk menulis post berkenaan cerita ini. Cerita dia kepada aku, pada malam dia bersama dua kawannya. Dia telah pergi ke rumah tersebut dan berpecah dengan kawan-kawannya dalam rumah tersebut. Hampir dua jam mereka pusing di dalam rumah tersebut untuk cari antara satu sama lain, malangnya tak jumpa. Ketika mereka masuk lebih kurang pukul 4. Akhirnya selepas azan subuh, mereka berjumpa juga. Padahal, jarak mereka bukan jauh pun.
Ok, tuh jer cerita aku nak kongsi untuk post kali ini. Tak seram mana pun, tapi banyak lagi versi-versi lain yang korang boleh cari dekat google. 
Yang pertama :


ni yg kawan dgr2 crita lah...
nabla ni budak kecik lagi klu xsilap...mak tiri die bunuh n letak mayat dalam simen rumah yg dikonkrit....mak tiri die nak harta peninggalan bapak die klu xsilap..lame juga tertanam dalam dinding sampai polis dapat bongkar kes ni...betol ke x wallahualam....tapi kawan2 den ada pegi sana mlm hari...ada yg meracau lah jadinya.... cari nahas...Yang kedua :


Dan untuk makluman, tempat nie juga tersenarai dalam 15 tempat paling misteri di Malaysia. Klik Villa Nabila. untuk maklumat lanjut.


Benda nie diharapkan tak menjadi fitnah dan mudah-mudahan kalau betul mereka mati dibunuh, kita sama-sama doa orang yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal. Akhir sekali, terima kasih kerana membaca. :)


P/S : Mungkin ini semua adalah permainan syaitan yang mahukan kita menjadi sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah