BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Isnin, 26 September 2011

MEREKA SALAH TAPI TAK SALAH BERKAWAN DENGAN MEREKA..

Sosial? Banyak maksudnya dan kebanyakan yang disalah gunakan menjadikan benda tersebut soSIAL. Maaf menggunakan perkataan kurang sopan. Untuk entry kali nie aku saje nak tulis pasal pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan sosial aku sendiri.


Aku bukan malaikat dan aku juga bukan syaitan yang direjam. Sama macam manusia biasa dan tidak khilaf. Semua orang aku kawan. Semua orang juga aku cuba buat menjadi kawan. Tak susah berkawan, tapi yang paling penting tahu cara bagaimana kita berkawan. Aku bukan nak mendedahkan keburukan sesiapa tapi memang hidup aku dikelilingi oleh orang-orang macam nie. Orang macam mana? Baca sampai habis kalau nak tahu dengan penuh mendalam.


Dah lama aku travel merata tempat untuk meneruskan pembelajaran aku. Macam-macam jenis perangai aku jumpa. Kawan-kawan aku semua bukan baik dan aku sendiri bukan baik sangat. Tapi kenapa kami berkawan? Masing-masing ada faktor sendiri kenapa kita berkawan tapi yang paling penting dalam persahabatan adalah kedua-dua pihak boleh serasi dan bergembira bersama-sama.




Mat Motor Yang Bangga Menjadi Mat Rempit
Ok, orang selalu pandang hina golongan nie. Tapi tak semua mereka yang ada motor boleh didefinasikan sebagai rempit kan? Yang aku dapat kenalpasti dari golongan nie adalah kebanyakan mereka yang kurang berbakat dalam benda-benda lain dan banyak mengabadikan diri bersama motor kesayangan mereka.
Aku masih tak boleh lupa satu ayat yang aku dengar sendiri dari kawan aku, 'Aku sayang motor nie lebih dari nyawa aku sendiri'. Kenapa sampai jadi macam tuh? Sebab mereka hebat bila bersama dengan kelompok mereka, tapi bila diluar mereka zero. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Semua Jenis Penagih Yang Tak Kisah Menagih Apa-apa Bahan Terlarang
Cuba sebut semua jenis benda yang boleh ditagih? Aku rasa aku ada semua jenis-jenis kawan macam tuh. Tapi kadangkala aku terfikir kenapa mereka buat macam tuh. Pengaruh rakan? Mustahil. Setakat nieh aku rasa lebih sepuluh kali aku tolak perlawaan dari bermacam-macam jenis bahan terlarang. Aku masih bersih walaupun aku seorang perokok. Mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Aku bukan family diorang nak marah-marah. Selagi diorang tak guna jarum suntikan dah kira ok kerana bila bila mereka dah mula gunakan jarum suntikan, selamat tinggal kawan. Aku tak boleh berkawan dengan kawan yang macam nie. Aku pernah dengar, kalau kita tak dapat tegur dengan tangan, kita cuba tegur dengan mulut. Kalau tak boleh tegur dengan mulut, kita cuba tegur dengan hati. Dan menegur dengan hati adalah selemah-lemah iman. Ya, aku memang lemah kerana tak dapat bantu rakan sendiri. Mereka terdorong dari sifat ingin bebas dan ini memang remaja zaman sekarang. Cuba terima hakikat yang remaja kita semakin teruk. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Adik-adik Kecil Yang Mempunyai Hati Seperti Abang-abang Besar
Bahagian yang nie korang abaikan tajuk dia. Part nie paling ramai kawan-kawan aku dan kawan-kawan korang juga. Aku tak tahu nak explain macam mana. Pantang ada yang terlanggar. Semua datang buka kepak masing-masing. Biasa lah, berani bila ramai. Cuba kalau sorang-sorang. Lepas tu? Balik rumah dengan lebam-lebam? Hebat! Dah tak boleh kata apa remaja jenis macam nie. Pergi mana pun pasti akan jumpa abang-abang yang perasan besar nie. Diorang bukan siapa pun. Budak-budak baru nak naik. Tak boleh diusik, tak boleh dilanggar, tak boleh dijeling. Semua memang melenting. Malu pada diri sendiri untuk golongan macam nie. Mereka salah tapi tak salah kawan dengan mereka.


Kalau nak senaraikan semua, memang takde orang nak baca. Semua dah tahu dengan benda-benda nie. Kita remaja dan kita sendiri dapat melihat keruntuhan moral rakan sebaya kita. Tapi apa yang kita mampu lakukan? Sedarlah, kita tak berbuat apa-apa. Tak sedar ke korang bila semua orang sudah mula menerima golongan-golongan macam nie? Semua orang dah anggap benda nie benda biasa kan? Bakal pemimpin akan datang macam nie? Gulpp. *Telan air liur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah