BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Ahad, 29 Mei 2011

KU HADIAHKAN PELANGI INDAH UNTUK DIRIMU

Semalam sambil berjalan jalan di halaman rumah dan menyiram bunga bungaan yang baru ditanam, mata tertancap pada pelangi cantik di kaki langit. Subhanallah! Rupanya hujan sebentar petang itu ada hadiah indah dibaliknya... Tidak dinafikan sejak beberapa hari ini cuaca di bumi Malaysia ini panas sungguh. Dua hari lepas suhu mencecah  37 darjah celcius. Kain dijemuran cepat sungguh menjadi kering. Terasa bahang dari mentari yang tidak tertahan dek diri. Tetapi tidak lama hujan renyai mulai turun.
Perumpamaan kehidupan manusia itu seperti panas dan hujan itu. Tidak akan sama keadaan sepanjang masa dan tidak akan selalunya hati menjadi gembira. Kadangkala gerimis selalu membanjiri hati, mendatangkan kesakitan dan kedukaan. Kejatuhan yang tidak disangka. Hati hati yang tidak kuat akan terus menderita dan akan rosak jiwa. Yang kuat akan meneruskan perjuangan dan meninggalkan jejak kebaikan dalam kehidupannya.(Harapnya begitu)...

Menikmati kesedihan...

Kalau ditanya... Siapa yang mahu sedih? semua orang akan menjawab tidak akan ada  orang yang mahu sedih. Jadi, adakah semua orang akan  mahukan gembira saja?  Siapa pula yang akan  menerima kesedihan? Bersyukur kerana kita terpilih untuk menerima kesedihan! Tidak ramai orang yang diberikan kesedihan, jadi kita bertuah kerana diberi kesedihan. Tanpa kesedihan, kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya diri kita, sejauh mana sabar diri kita. Yang paling utama... Sebab Allah itu sayang kita. Kan seronok dan bahagia kerana disayangi Allah. Jadi, nikmati kesedihan itu dengan penuh sabar dan penuh hikmah. Jangan mengeluh dan optimis saja dengan kehidupan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah