BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Selasa, 31 Mei 2011

Nora Elena my favourite drama

hahah.. my favourite drama... NORA ELINA.. hahah.. jums2 kite share2 sket aboud this drama.. hahah  (speaking laa pulok).. hahah.. 

adaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.


Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.


Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).


Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).


Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.


Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh.


Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas.


Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.


Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa yang turut dibintangi Erry Putra dan Puteri Fateen itu.


Jangan lupa menyaksikan drama Nora Elena yang kini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah