BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Selasa, 16 Ogos 2011

9 TANDA-TANDA MABUK CINTA

2917562366 9f2722e9ed o 9 Tanda Tanda Mabuk Cinta
Orang yang mengalami mabuk cinta pada umumnya menunjukkan tanda-tanda berikut:-
  1. Adanya fikiran obsesif, misalnya terus-menerus curiga terhadap kesetiaan pasangan, terus-menerus takut ditinggalkan pasangan sehingga selalu ikut ke mana-mana pun kekasih pergi.
  2. Selalu menuntut perhatian dari waktu ke waktu, tanpa ada toleransi dan pengertian.
  3. Manipulatif, berbuat sesuatu agar pasangan mengikuti kehendaknya atau memenuhi keperluannya. Misalnya: mengancam untuk memutuskan hubungan jika mementingkan hobinya.
  4. Selalu bergantung pada pasangan dalam segala perkara, apapun juga, mulai dari meminta pendapat, membuat keputusan sampai dengan memilih warna pakaian.
  5. Menuntut waktu, perhatian, pengabdian dan pelayanan total si kekasih. Jadi, pasangannya tidak boleh melakukan hobinya, berjalan-jalan dengan rakan-rakannya, atau bahkan memberikan sebahagian waktunya untuk orang tua/keluarga.
  6. Menggunakan seks sebagai alat untuk melayan dan mengikat kekasihnya.
  7. Menganggap seks adalah cinta dan cara untuk mengekspresikan cinta.
  8. Tidak mampu memutuskan hubungan, meski merasa amat tertekan kerana terlampau ‘berharap’ pada janji-janji syurga kekasih.
  9. Kehilangan salah satu perkara terpenting dalam hidup, misalnya pekerjaan atau keluarga demi mempertahankan hubungan.
Tanda-tanda di atas sebaiknya diwaspadai. Sebab bila ianya sudah terjadi kepada anda, maka risikonya akan menjadi besar. Banyak beban yang harus anda tanggung dan pikul. Sehingga persoalan tidak akan dapat diselesaikan begitu saja.
Orang yang kecanduan cinta tidak mengenal erti ‘puas’ dalam setiap hubungan cintanya. Ibaratnya seperti mengisi gelas bocor yang tidak akan pernah penuh jika diisi, kerana apabila airnya dituang lantas langsung keluar lagi dan airnya tidak pernah lekat bertakung di dalam gelas tersebut.
stop zina 9 Tanda Tanda Mabuk Cinta
Demikian juga orang ketagihan cinta, mereka tidak mampu membahagikan cinta secara tulus pada orang lain kerana selalu merasa kehausan cinta. Oleh sebab itu, ramai di kalangan mereka yang sering berganti kekasih kerana merasa harapan tidak dapat dipenuhi olej pasangannya.
Padahal, meskipun puluhan kali mereka berganti pasangan, individu yang kecanduan cinta akan sukar membina hubungan yang stabil dan abadi. Sayangnya, ramai dari mereka yang tidak sedar, bahawa punca masalah mereka ialah ada pada diri sendiri mereka. Namun, mereka sering menyalahkan bekas kekasihnya/pasangannya.
Trauma psikologi yang pernah dialami seperti penyeksaan emosional dan fizikal pada awal usia, atau menyaksikan sikap dan tindakan ibu bapa agresif serta kasar terhadap pasangan, dapat menghambat proses kematangan identiti, keperibadian dan kestabilan emosi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah