senang untuk berkata-kata.. senang untuk menasihati.. tetapi hanya yang mengalami sahaja yang mengetahui bahawa perasaan sepi tu seolah2 tiada penghujung.. ya.. sudah ku pnjatkan doa kepada Ilahi.. memohon ketenangan.. agar kesepian ini tidak terus membelenggu diri.. akan tetapi, hati seorang wanita itu terlalu halus.. terlalu lembut.. sudah ku gagahkan diri ini untuk meneruskan perjuangan tanpa teman di sisi.. x kira la teman perempuan atau seorang teman yang bernama lelaki.. tapi, ku akui, aku tidaklah sekuat itu untuk menempuh dugaan & cabaran kehidupan di dunia yang penuh fitnah ini.. mungkin, doaku, usahaku belum lagi mencukupi.. mungkin aku belum benar2 b’sedia untuk disatukan dengan pemilik tulang rusuk kiri.. aku redha & terus meneliti hikmah di sebalik setiap kejadian.. walaupun langkah ku terbatas lantaran bersendirian dalam setiap pekerjaan.. sekadar moral support tidak mencukupi.. yaahhh… aku boleh! aku mesti boleh m’hadapi semua ini.. yakin, Dia tidak pernah mengecewakan hamba-Nya.. Dia sentiasa ada di sisi.. tp sebagai manusia, tidak dapat ku nafikan fitrah inginkan perlindungan dari seorang manusia yang bernama suami..
maaf, luahan emosi & rasa di hati ketika sendirian.. kerana diri ini sentiasa bersendiri dalam menempuh segala ujian dengan kekuatan yang Allah beri.. Dia sentiasa bersamaku.. selama2nya… insya Allah.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan