BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Rabu, 21 Disember 2011

FAKTA TENTANG SENYUM DAN KETAWA

Senyum tak perlu kata apa-apa..Senyum..Best kan lagu tu. Aiman suka betul! Hari nie nak share fakta tentang senyum dan ketawa :

  • Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. 
  • Ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Ini kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat, kemudian kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  • Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • Ketika ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  • Senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  • Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  • Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kerana apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira.
  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  • Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  • Senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan menambah kemasukan oksigen dalam darah. 
  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. 
  • Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM


Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. So korang senyumlah..
macam kambing nie..kihkih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah