Khamis, 3 Mei 2012
JANGAN JILAT PELEKAT SAMPUL SURAT KORANG ...
Seorang wanita bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tetapi hanya menjilat pelekat sampul surat. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Beliau terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Setelah diperiksa doktor mengatakan tiada apa yang tidak kena dengan lidahnya. Doktor juga menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.
Wanita itu langsung tidak merasa sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Hari berganti hari, bengak pada lidahnya semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor untuk kali kedua. Doktor menjalankan ujian x-ray dan mendapati terdapat satu benjolan lantas menasihatkannya agar menjalankan pembedahan kecil pada lidah untuk memastikan punca benjolan itu. Alangkah terkejut beruknya apabila doktor mendapati terdapat seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.
Rupanya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulut. Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat. Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!. Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah. Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan saya tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa".
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak, di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”
Lepas baca artikel nie agaknya korang nak tak jilat pelekat sampul surat tu lagi? Aku taubat tak mau...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan