Dupppp! Bagai nak luruh rasanya jantungku ini tatkala mata kami saling bertentangan,ketika melintas dikak lima pejabat sekolah aku menoleh ke arah sekumpulan pelajar yang melewati pejabat sekolah tersebut,kami berselisih jalan,entah kenapa aku teringin nak mendongak dan menoleh ke arah mereka bagaikan ada tarikan magnet yang menarik aku ke arah itu.Berdebar juga rasanya perasaan ini,longlai langkahku tiba-tiba,aku terkesima sebentar,redup matanya yang bening seolah ingin menyampaikan sesuatu.Aku teruskan juga langkahku menuju ke block D untuk menapak menaiki tangga ke kelas kami kelas 5 Cahaya,di depanku berjalan guru kelasku cikgu Noraida,perlahan aku mengikutinya dari belakang,tiba di tangga teratas dengan tidak semena-mena orang yang mengekori aku dibelakangku telah melanggarku,spontan riuh rendah kedengaran suara-suara nakal bersorak riang,aku panik.
Aduhh! Malunya ,mana nak diletak muka aku ini,tanpa aku sedar rupanya Shahmi dan rakan-rakannya telah mengikuti aku dari belakang,aku sangkakan ketika kami berselisih tadi dia dan rakan-rakannya telah menaiki tangga di depan kelasnya iaitu block C,mana tahu dia akan mengekori aku dari belakang,pucat tidak berdarah juga wajahku ketika itu.
Tak guna betul Shahmi ni,dalam diam-diam aku terkena,kalau dah ikut dari belakang tu berjalan tu pandang la depan,aku merungut-rungut didalam hati,sebal betul dibuatnya.
Aku tersenyum sendirian,bila mengingati zaman persekolahan memang banyak kenangan yang paling melucukan,kenangan terindah yang tercipta antara aku dan Shahmi bukan mudah untuk aku lupakan begitu saja.Sekarang masing-masing sudah mendirikan rumahtangga,aku bahagia dengan keluargaku,mungkin begitu juga dengan dia,dengar kata dia menikahi seorang model terkemuka tanahair,cantik orangnya,ermm,model la katakan.
“Mama,mama ,..adik nak susu” anakku yang bongsu datang menghampiriku,aku tersenyum padanya dan menariknya dekat padaku lalu menghadiahkan sebuah ciuman kasih buatnya,anak-anak adalah kekuatanku,tanpa mereka hidupku pasti akan kesunyian.
“Ya sayang ,nanti mama buatkan ya” Aku berlalu ke dapur melaksanakan tugasanku sebagai seorang ibu.
Pagi ini ada perhimpunan dipadang sekolah,sebaik loceng berbunyi kami berpusu-pusu menuju tangga,aku ditingkat dua bangunan tiga tingkat block E,ketika sampai ditangga aku memandang tangga tingkat atas,mataku tak semena-mena terpandang seseorang yang kebetulan juga sedang memandangku,kami saling berpandangan,aduhaii..pagi-pagi lagi aku sudah terserempak dengan mamat sorang ni,apa maksud ni,aku dah la gubra setiap kali terserempak dengan dia,rasa macam nak tercabut saja lutut aku ni kalau terpandang dia,aku buat selamba ja,konon nak cover line lutut aku yang dah berlaga tu,control ayu la konon..tiba-tiba tangga terakhir aku terlangkah dua anak tangga sekaligus,apa lagi nyaris-nyaris aku tersungkur dan hampir mencium dinding,makk oii..malunya aku,mana nak letak muka aku ni,nak sorok dalam baju ka,ishh tak munasarawak la pulak,kalau la aku ni boleh jadi halimunan kan bagus,ingin aku ghaib saja dari tempat tu,pelajar-pelajar yang menyaksikan kejadian itu bersorak sakan,sukanya mereka,pelempang sorang-sorang baru tahu.
“Ani..kenapa tu sayang,dari tadi abang tengok senyum ja sorang-sorang ni.”
“Ehh abang,bila balik,Ani tak perasan pun?” aku tersentak dari lamunanku yang panjang,ishh macam lagu lamunan terhenti la pulak.
“Mana nak perasan kalau badan ditempat lain tapi fikiran ditempat lain.” Suamiku memulangkan paku buah keras,menyindir aku la tu,aku tersenyum saja,telahanmu benar belaka suamiku,tadi aku sedang teringatkan sesuatu,aku sendiri pun tak tahu kenapa bayang-bayang memori silam itu tidak pernah mahu hilang dari ingatanku.Kasihku padanya mungkin pernah bersemi dan cinta pun pernah bertaut tapi sayang,jodoh penentuannya ditangan Allah,tak mampu aku menghalangnya,aku sedar ada hikmahnya dan aku pun tidak pernah menyalahkan takdir kerana apa yang aku dapat sekarang sudah lebih dari cukup,aku bahagia bersama suami pilihan keluargaku ini,dia cukup penyayang dan bertanggubngjawab,aku juga amat menyanyanginya sepenuh hatiku,Cuma kadang-kadang bila memori lama ini bertandang aku tak dapat menangkisnya,apakan daya aku tak mampu,kalau aku diberi peluang aku pun tidak mahu terus menanggung beban dosa ini.
“Adik Ani nanti 31 ogos kita pergi picnic nak?”
“Nak..nakkk la,nak pergi mana?” soalan bertemu soalan,aku cuti dan pulang ke kampung,aku sudah kerja sekarang,dah pegang duit sendiri,nak pergi mana-mana no hal la.
“Kita naik Gunung Jerai nak?”
“Woww..bestnya,nak ikut jugakk” sengaja aku bersuara manja,saja nak mengada-ngada.
“Lahh..orang dah ajak la ni,jom la,kita pergi dengan kak Fiza k”.
“ok..cantikk”.
Alkisahnya pada hari yang telah disebutkan itu maka berangkatlah kami bertiga untuk berpicnik di Gunung Jerai.Alkisahnya lagi itulah kali pertama aku naik Gunung Jerai,memang sejuk ,kebetulan pagi tu hujan renyai-renyai,aku ni memang sorang pencinta alam semulajadi,sukanya aku berada ditempat tinggi seperti ini,cuaca pagi tu redup dan berkabus..ehh,apa lah aku ni,Gunung jerai tu kan tinggi tentulah berkabus.
Dari tempat teratas kami turun ke bawah,ke tempat air terjun,mak oii banyaknya anak tangga boleh krem juga la kaki ni nak mendaki turun,maunya balik nanti boleh habis juga sebotol minyak urut ni.
Lepas makan aku merayau-rayau disekitar air terjun,dari satu batu ke satu batu aku melangkah,bahagianya aku disini,bagaikan dunia ini ana yang punya.
“Adik Ani hati-hati sikit nanti jatuh kang,batu licin tu”. Laung kak Shima dari jauh,aku hanya menoleh sambil tersenyum,apa nak susah jatuh bangun la sendiri,fikirku didalam hati.
Bukkk…aduhh..mak oii sakitnya.
“Adik Anii..ya Allah budak bertuah ni,tu la dah besar panjang pun tak dengar cakap orang”.
“Kakkk..cermin mata adik ni dah patah la,macam mana adik nak balik nanti,jenuh la adik meraba-raba dalam gelita.” Sempat lagi aku nak berfalsampah.
“Ya Allah dikk,mata adik dah bengkak ni,dah sepet,macam amoi pulak akak tengok” sempat lagi kak Shima ni buat lawak,aku tak heran pun dengan mata aku yang bengkak tu,sakit tetap sakit,aku ni dah la rabun,ni cermin mata dah patah macam mana nak jalan.
“Dah la..jom la kita balik” kak Fiza yang memerhatikan gelagat kami sedari tadi pula bersuara,oleh kerana kecuaiaan aku kami terpaksa balik awal,tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya,petang tu kak Shima terpaksa menemani aku pula ke Alor Setar untuk buat cermin mata baru,ya lah esok aku dah nak balik untuk bekerja,mata rabun kalau tak ada cermin mata macam mana nak kerja.
Petang tu ketika kami di Alor Setar aku bertembung dengan sekumpulan budak lelaki,aku buat selamba kerana aku tak kenal pun siapa mereka,ya lah kalau mata dah rabun mana nak kenal orang lagi dahh.Aku pun buat selamba rock bila kami berselisih jalan tapi salah seorang dari mereka dengan beraninya telah menguis tanganku,ehh..tak guna punya jantan gatal,aku ni masih suci lagi tau,belum lagi disentuh mana-mana lelaki selain abang dan ayah aku,aku mengamuk dalam hati sedang dalam masa yang sama entah apa aku dok meracau,marah sangat ketika itu,aku pandang kak Shima disebelah,tiada riak,..ishh..kakak aku ni biar bebetul,tak dak sensor ker hapa,aku sikit punya bengang ker dia boleh buat tak tahu apa-apa..ahh..lantakkklahhh.
“Noraini…Noraini..Noraini..” tiga kali nama aku di glamerkan ketika kami melintasi Pekan Rabu Alor Setar untuk menuju ke kedai cermin mata,lagi sekali aku pandang kak Shima,Ya Allah Minah ni slamber ja dia jalan,takkan aku sorang saja yang dengar kot,sound trouble ker hapa telinga aku ni,memandangkan kak Shima macam tak tahu hapa-hapa aku pun meneruskan langkahku,langsung aku tak berani nak menoleh ke belakang,tak dak maknanya aku nak menoleh,bukannya Nampak pun siapa yang sedang menglamerkan nama aku tu..almaklumlahh rabunn.
“Makk..dah pukul berapa ni,mak dah masak nasi ke belum,adik mana mak?” aku tersentak,Ya Allah mengelamun lagi aku rupanya.aku tersenyum sendiri,anak sulungku terkebil-kebil memandang aku.
“Kenapa mak senyum.”
“Ishh..anak bertuah ni,senyum tu kan sedekahh.”
“Adik mana mak..?”
“Biasalah adik, mana lagi,bukannya nak lekat di rumah ni,orang glamer banyak peminat macam tu lah.” Aku menjawab pertanyaan anakku itu ,kalau tak dijawab kang mesti memuncung saja nanti,anak kecil aku memang hari-hari ada saja peminat yang datang mengambilnya di rumah,mulutnya yang petah berkata-kata tu memang disukai ramai,walau pun kadang-kadang pelat sikit tapi kadang-kadang mengalahkan orang tua-tua,bijak betul budak-budak zaman siber ni.
Beginilah kehidupan aku seharian,melepak dirumah,Rumahku Syurgaku,biarpun hanya menghuni teratak buruk,tu pun hasil belas ehsan orang tapi aku bahagia disini,inilah duniaku,kisahku belum lagi tamat dan akan berterusan selagi nafasku masih ada dan selagi jantungku ini masih berdenyut,moga hari-hariku akan terus disinari dengan sinar kebahagiaan.
“Mama..Ikin nak bawa adik keluar ronda-rondalah,boring la duduk dirumah cuti-cuti sekolah ni.”
“Hah..kan nak exam tahun ni,ulangkaji la pelajaran,tahu nak keluar jalan ja.” Aku mula nak membebel,anak dara aku yang sorang ni memang tak betah langsung duduk dekat rumah,ada-ada saja plannya nak keluar jalan-jalan.
“ Alah,sekali sekala nak la release tension,ngadap buku ja nanti otak pun blurr.”
“Ya la tu,ada saja alasannya,pergilah tapi hati-hati sikit dan balik awal tau.”
Aku tinggal seorang lagi dirumah ni,sepi terus mencengkam diri.
“Adik Ani tahun ni tak payah sekolahlah,kami dah tak mampu nak tanggung.” Kak Sarah tiba-tiba bersuara melenyapkan igauanku yang baru pulang dari mengambil result exam SPM.Aku lulus tapi kenapa aku tidak dibenarkan untuk meneruskan pelajaran,aku tahu sejak kecil aku menumpang disini,aku tiada pilihan sebenarnya,itu keputusan ayah selepas ibu meninggal,tapi sekarang aku terpaksa berhenti sekolah pula,apa ni? Takkan semalang ini nasibku?
“Tak mau,nak sekolah juga.” Aku terus bersuara,ini tindakan yang tidak adil bagiku.
“Nak buat macam mana,kami dah tak mampu,nanti nak bayar yuran pakai apa?” aku buat muka toya.
“Bayar pelan-pelan la” aku bagi cadangan,kak Sarah pandang aku sayu.
Akhirnya dengan kekerasan hatiku dan tekadku aku dapat juga melanjutkan pelajaran tapi Shahmi pula dah berpindah ke sekolah lain,tak tahu pula ke sekolah mana.Hari-hariku terlalu sepi tanpa Shahmi,tiada lagi renungan matanya yang mengetarkan dada.Hari seterusnya berlalu dengan hambar,tiada seorang pelajar pun yang berjaya mengantikan tempat Shahmi dihatiku.Hatiku dah beku untuk lelaki lain,dengan Shahmi pun banyak dugaan yang terpaksa aku tempuhi,seksanya menyukai seseorang yang berlainan darjat denganku.Ehh..macam filem antara dua darjat la pulak,Cuma bezanya aku bukan Tengku Zaleha,heroinnya disini Cuma seorang gadis miskin yang tak punya apa-apa.
Aku masih ingat lagi dengan kata-kata penghinaan dari beberapa orang kawan-kawan sekolah yang cuba membezakan antara aku dan Shahmi.
~ Shahmi tu anak tokey balak~
~Shahmi tu anak tokey kau anak taugeh~
~Kau ni perasankan~
Ahh..tu baru sikit,tapi betul ka dia anak tokey balak,aku pun confused,tapi semua tu dah berlalu,zaman kesedihan tu dah lama aku tinggalkan,aku ingin menuju zaman kegemilanganku sebagai seorang ibu,ermm..tapi berjayakah aku sebagai seorang ibu? Persoalannya anak-anakku masih lagi kecil,masih belum matang keduanya.
Masih terbayang lagi tahun kedegilan aku untuk meneruskan persekolahan,aku terpaksa mengharungi kesusahan dan terpakasa menebalkan muka dibilik guru kaunseling kerana tak dapat untuk membayar yuran,terpaksa untuk membuat permohonan dari pihak sekolah untuk memohon rayuan bantuan pinjaman dari PIBG sekolah.Aduhhh..kesedihan demi kesedihan membuatkan aku menjadi lemah,akhirnya persekolahan terpaksa juga dihentikan,cukup setakat itu saja.Aku mula memohon pekerjaan,minggu pertama aku berkerja aku berkenalan dengan seorang kawan,namanya Norazlin,aku panggilnya Lynn.
Dalam minggu pertama tu aku dapat tahu rupanya Lynn pernah bersekolah dengan Shahmi,disinilah segala rahsia terbongkar,selepas bersekolah di sekolah baru Shahmi bermain cinta dengan gadis lain,comel dan ayu,bukan sorang pula tu,menurut Lynn,banyak orang jugak tapi paling rapat dengan awek comel tu la Zafirah namanya,memang comel aku sendiri melihat gambarnya yang Lynn tunjukkan padaku.Ketika ini rasanya hatiku bagaikan hancur luluh,berderai bagaikan kaca yang terhempas ke batu.
Aku menyapu airmataku yang mula mengalir ke pipi,sebak rasanya dada bila mengenangkan kembali kisah itu,itulah suratannya takdir,taste Shahmi memang tinggi tapi walaupun dia pernah berhubungan dengan Zafirah tapi mereka juga tidak berjodoh.Aku tahu tu,dalam zaman siber ni semuanya di hujung jari,klik aja apa yang dihajati semuanya pasti tertunai,Ermm..rasanya sudah jauh aku melamun.Perjalanan hidup yang masih panjang pasti aku akan teruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan