BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Rabu, 21 Disember 2011

COKELAT = MITOS DAN FAKTA ..

Coklat yang diperbuat daripada koko menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat. Bukan sahaja diminati kanak-kanak bahkan orang dewasa turut menggilainya. Ada pelbagai jenis dan bentuk coklat dijual dipasaran yang pastinya menggoda kita untuk beli.

Sebut sahaja coklat, pasti ramai yang beranggapan ia gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. Fakta nie tak betul sama sekali. Coklat sebenarnya mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.


Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalori yang dianggap normal untuk semua penduduk. Jom kita lihat sejauh manakah kebenarannya. Sumber nie aku ambil dari Lembaga Koko Malaysia.


MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.

FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.


MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.

FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain.


MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.

FAKTA
Satu bar 1.5 auns. Coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium, satu bar coklat susu = 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu = 122 mg, 1 keping roti gandum = 132 mg dan 1 auns keju swiss = 440mg sodium.


MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi dan jerawat.

FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Coklat juga bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

FAKTA
Satu auns coklat = 5 milligrams. Satu cawan kopi = 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.


MITOS
Memakan coklat adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.

FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.


Seperti yang aku selalu kata, makan apa sekalipun jangan berlebihan. Begitu juga coklat. Selagi diambil dalam kuantiti yang sesuai, keenakan coklat akan memberi nikmat yang tak terkata. Sedap hingga menjilat jari!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers

nur diana fatimah