Tengah hari itu aku nekad pulang ke kamuong. Aku nekad,
menyiasat latar belakang isteri dan mengapa ibu bapanya sanggup melepaskan
anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk
menyiasat, dan semasa dalam bas aku kira beruntung, duduk sebelah seorang lelaki
yang peramah.
Kepada lelaki itu aku bertanya. “bagaimana mahu tahu latar
belakang bakal isteri kita?”
“senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip
nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah
sangat, pergi tempat kerja dia. Tanya kawan-kawan dia, atau Tanya jiran-jiran
dia.”
Untuk menyiasat tentang tuning aku itu di internet, nama
penuhnya pun aku tidak tahu. Aku Cuma diberitahu namanya, Seroja. Berapa ramai
orang nama Seroja diinternet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, Tanya
rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS
di pecan.
Sampai sahaja di kampong, aku pinjam motosikal ayah, terus
ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu berapa
ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus
masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil
keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.
Aku fikir mungkin pada waktu makan tengah hari, Seroja dan
kawan-kawannya akan keluar dan apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa
balik nanti boleh Tanya tentang Seroja. Itulah rancangan aku, rancangan yang
diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas
yang cuma setingkat.
Kemudiannya datang pulak rasa menyesal, sebab pada jam 11
pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rending, kerana
semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik pengawal keselamatan
di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan sahaja,
malah orang yang lalu lalang disitu turut memerhati.
Aku lupa, ini pecan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan
kebiasaan akan jadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat
kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.
Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku
lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin
aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudungnya warna kuning cair
dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal
namanya sebagai Seroja. Hanya itu.
Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan
kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Seroja
berkata “awak Saiful?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan