*****
Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih
di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada
kereta, tidak ade kerja, tidak ada apa-apa selain telefon murah, dan ohhhhh..
telefon aku jugak tidak punya kredit.
Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah
seminggu lagi. Majlisnya sederharna, bernikah dengan gadis kampong sebelah, di
rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tuaku yang
mengaturkannya, dan aku masih terfikir fikir, mengapa orang tua gadis sanggup
mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.
Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu
bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel,
tolong kawan kawan bergiaga online, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan
banyak waktu duduk di rumah sewa menatap akhbar mencari kerja.
Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu sanggup menikahkan
anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya Cuma senaskah Al-Quran, dan mas
kahwin Cuma RM 80.00. lebih menghairankan, semua kenduri ditahggung oleh
keluarga si gadis.
Mengapa? Aku bertambah tidak faham, apabila , orang tua
gadis itu mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung
litup. Ya aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah aku
dengan semua kehairannan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang di atur
keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulus university luar negara,
bekerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya cukup bagi membayar ansuran
kereta BMW.
Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam
guni beras, tetapi ketika majlis semakin hamper, aku mula terfikir, ada perkara
yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah asli perempuan
itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan
aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi pak
sanggup. Lalu, daripada sinilah kisah aku bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan