Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa yang pernah aku
buat. Lebih terpaksa daripada senyuman terpaksa apabila bertemu dengan cikgu
semasa sekolah dahulu.
“Ya, saya. Awak boleh cam?”
“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di seberang
jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal awak, dan saya mula perasan
wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri”.
Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk
betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Seroja,
dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar.
Mungkin sebab itu gambar passport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar
lain. Ini tidak gambar passport anak die pulak. Entah-entah, emak ayah aku pun
berikan gambar passport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat
aku semasa aku bergambar passport, aku baru sahaja bangun tidur.
Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada
apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati, aku perasan dia
terus silangkan tanggannya di perut dan terus berasa malu. Mesti dia perasan
aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikiran dia sekarang.
Kemudiannya, aku perasan lagi yang Seroja ini perempuan yang
berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu
mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan
bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.
Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya
berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh
untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Seroja memandang ke arah
motosikal ayah aku.
Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai
lelaki perlu enunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas
puas berfikir dan memberanikan diri, aku bertanya. “sudah makan?”.
“Saya diet.”
Nasib baik dia kata dia dirt. Bagaimana kalau dia kata,
marilah kita makan. Memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku Cuma ada
lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.
“Saya mahu masuk pejabat balik.” Kata Seroja penuh sopan
membuatkan aku lega.
“Saya pun mahu balik,” balas aku. Dan rupa-rupanya lega aku
tidak lama.
“Malam ini jemputlah datang ke rumah.”
“Datang rumah awak?”
“Ya. Makan malam dengan keluarga saya.”
Aku diam. Berdebar-debar.
“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tiada
halangan apa-apa.”
“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan