BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Khamis, 25 September 2014

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 4



Sepanjang perjalanan balik, aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Seroja, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah patut aku bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.. bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipun aku ada banyak rahsia yang tidak patut Seroja dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Izal. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup dikampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Izal, aku lihat Izal sedang duduk ditangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Izal yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya….oh…ada lagi rupanya kemahiran Izal yang aku tidak ada. Izal pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Izal sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan diri apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak Nampak,” kata Izal sebaik aku duduk disebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, ‘Suci Dalam Debu.’ Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak Izal menemani aku malam ini, tetapi masih belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kawin. Kau tak jemput aku pun.” Kata Izal, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hiding mi goring kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah, kalau ade kad aku sampai kerumah kau, kau pergilah.”

“Izal semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, ‘Someone Like You’. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.


“Dia cantik tak?” Izal memandang dengan senyuman penuh harapan.

2 ulasan:

Followers

nur diana fatimah