“Cantik.”
“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Izal kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.
“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”
“Kau tidak pernah jumpa dia?”
“Baru tadi.”
“Memang dia cantik?”
“Memang cantik.”
Izal kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.
“Apa kerja dia?”
“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”
“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”
Aku menelan liur. Nampaknya Izal juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.
Izal menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”
Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.
“Kau tidak hairan?” soal Izal.
“Memang aku hairan.”
“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”
Aku pandang wajah Izal. Akhirnya peluang aku tiba.
“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”
“Buat apa?” Izal memandang hairan.
“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”
“Jadi kau pergilah sendiri.” Izal kembali menyambung memetik gitar.
“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”
“Siasat-siasat? Macam mana?”
“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan