BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome.. =)


Jumaat, 24 April 2015

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 7 (PENGAKHIRAN)

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Seroja, dan selepas bersalaman dengan Seroja, gentar dan malu aku kepada Seroja mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Seroja sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Seroja. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Seroja yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Seroja bang, ampuni Seroja.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Seroja sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Seroja sempat tidak yakin dengan abang. Malah Seroja minta tolong kawan Seroja, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Seroja juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Seroja lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Seroja tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Seroja sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Seroja, tetapi Seroja sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Seroja?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Seroja pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Seroja dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Seroja gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Seroja erat-erat.

“Sebab itulah, Seroja takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Seroja. Malah, Seroja juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Seroja. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Seroja memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Seroja menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jaga Seroja. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Seroja. Mohon bang,” rayu Seroja dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Seroja.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Seroja terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Seroja.


DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 6

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Seroja dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Seroja dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo... inilah Saiful. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Seroja.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Izal. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Seroja keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Izal yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Izal.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Izal supaya mula menjalankan kerjanya.

“Saiful beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Seroja pun baru semalam berjumpa,” kata Saiful memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Seroja.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Seroja pula.


Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Seroja pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Saiful beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Izal memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Saiful tidak beritahu kamu?”

Izal pandang aku, kemudian dia padang ayah Seroja dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Seroja. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Seroja mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Seroja.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Izal nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Seroja hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Saiful.”

“Jadi pak cik tahu yang Saiful ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Izal dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Seroja sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Izal menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Izal sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Saiful?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Izal.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Saiful ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Seroja tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Izal sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Seroja.

“Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Izal sambil mengangguk-angguk

Ayah Seroja menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Saiful ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Izal yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Izal memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Seroja kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Izal lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Seroja, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Seroja itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Seroja dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Seroja. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Seroja ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Izal. Aku tahu, Izal juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Seroja pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Seroja kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Saiful boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Seroja, lalu dia, isterinya dan Izal ketawa bersama. Tinggal aku dan Seroja sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Seroja, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 5

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Izal kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Izal kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Izal juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Izal menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Izal.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Izal. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Izal memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Izal kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Izal pun setuju.



Khamis, 25 September 2014

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 4



Sepanjang perjalanan balik, aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Seroja, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah patut aku bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.. bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipun aku ada banyak rahsia yang tidak patut Seroja dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Izal. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup dikampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Izal, aku lihat Izal sedang duduk ditangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Izal yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya….oh…ada lagi rupanya kemahiran Izal yang aku tidak ada. Izal pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Izal sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan diri apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak Nampak,” kata Izal sebaik aku duduk disebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, ‘Suci Dalam Debu.’ Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak Izal menemani aku malam ini, tetapi masih belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kawin. Kau tak jemput aku pun.” Kata Izal, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hiding mi goring kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah, kalau ade kad aku sampai kerumah kau, kau pergilah.”

“Izal semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, ‘Someone Like You’. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.


“Dia cantik tak?” Izal memandang dengan senyuman penuh harapan.

DI PAKSA BERKAHWIN PEREMPUAN CANTIK BAHAGIAN 3

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa yang pernah aku buat. Lebih terpaksa daripada senyuman terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di seberang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal awak, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri”.

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Seroja, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar passport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar passport anak die pulak. Entah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar passport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar passport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati, aku perasan dia terus silangkan tanggannya di perut dan terus berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikiran dia sekarang.

Kemudiannya, aku perasan lagi yang Seroja ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Seroja memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu enunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku bertanya. “sudah makan?”.

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia dirt. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan. Memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku Cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik.” Kata Seroja penuh sopan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku. Dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang ke rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya. Makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tiada halangan apa-apa.”


“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”


MUHAMAD RASHDAN AZIZI

hmmmm.. MUHAMAD RASHDAN AZIZI, macam mane ek nak terangkan tentang die niee. huhu.. oukay die niee seorang yang romantik sebenarnya tapi tak suke tunjuk die punye romentik too dekat depan orang, mungkin malu kottt . die seorang yang pentingkan family dan sahabat lepas too baru lhaa orang lain. kami banyak persamaan and itu kott sebabnya kami kekal bertahan sampai sekarang. heheee. die sebenarnya handsome tapi style aku niee tak suka nak nyatakan yang die too handsome nanti kembang pulak die too. hahaa. cara die niee simple and mudah. die niee ramai peminat berbanding awek die niee. kekadang too jeles jugak hati niee sebab tengah syok dating ade pompuan tegur die .haishhh. die niee kalau tengah marah, jangan kacau nanti jadi makin membara panas hati die too. tapi awek die niee degil, suke kacau die yang tengah marah lepas too sendiri sakit sebab kene marah dengan pakwe sendiri. hahaaa. haishhh, banyak lagi lhaa pasal diri die tapi tak termampu nak menaip. cukup lhaa ala kadar jee . hahaa .

HATIKU TELAH DICURI

mase too aku baru masuk UiTM. biase lhaa pelajar baru mesti busy dengan orientasi sesi suai kenal bagai. seminggu lepas aku masuk UiTM, masih segar lagi di ingatan ini pada 10/06/2013 aku dengan budak kelas diberikan tugasan untuk menguruskan majlis Anugerah Dekan. so dari sini lhaa aku kenal dengan si dia. aku punye style niee main tegur jee orang, yang tak pernah bertegur pun aku main cuit jee. hahaa. mase too semua sebok nak berselfie dengan orang too lhaa orang niee lhaa. aku punn join lhaa sekali nak selfie. sampai lhaa ke si dia aku ajak selfie tapi die boleh cakap "ehh budak niee dah kenape, dah lhaa pendek" grrrr !! dushh dushhhh . hahaa, tapi die layankan jugak kepale aku niee. start dari malam too lhaa kami mula rapat, ge mane-mane asik bersame jee macam belangkas. mase too tak cintan cintun lagi, dalam proses mengenal. hahaa. lame jugak nak amik mase untuk couple dengan die, ade sebab tertentu. banyak kali die luahkan isi hati die sampai update moment lagii tauuu. tapi diri aku masih tak sedia, sampailha ke 20/08/2013 aku menyatakan isi hati aku dekat die. mase too lega yang amat lepas dah cakap isi hati aku niee. sesungguhnya aku tak nak kehilangan die !!! kisah cintan cintun kami niee berkekalan hingga hari niee. walaupun dah macam-macam perkara terjadi ALHAMDULILLAH dia masih ada untuk aku bergantung, kami masih bersama. terima kasih MUHAMAD RASHDAN AZIZI !!


Followers

nur diana fatimah